Utusan Borneo (Sarawak)

LIMA: Teksi elektrik diperkenal

-

LANGKAWI: Pejabat Daerah Langkawi mengorak langkah penting dalam usaha untuk membawa pulau pelanconga­n ini ke arah menjadi pulau rendah karbon dengan memperkena­lkan teksi janaan elektrik pada Pameran Maritim dan Udara Antarabang­sa (LIMA) tahun depan.

Pegawai Daerah Langkawi Muhammad Arof Darus memberitah­u Bernama semalam langkah itu bakal menjadi kenyataan menerusi peruntukan yang diluluskan kerajaan pada tahun lepas dan mereka kini meminta persatuan teksi tempatan untuk mengemukak­an cadangan calon pemandu kenderaan itu.

“Menerusi peruntukan ini, subsidi akan diberi kepada pengusaha teksi terpilih untuk membeli kereta elektrik yang akan digunakan bagi perkhidmat­an itu,” katanya selepas merasmikan kursus perladanga­n organik anjuran Frangipani Langkawi Resort and Spa di sini.

Beliau berkata sebagai satu lagi usaha di bawah inisiatif karbon rendah, 10 stesen pengecas turut dirancang untuk dibina berhampira­n pusat pelanconga­n dan kawasan kediaman di sekitar Langkawi.

“Kami akan turut mempermuda­hkan E-Idaman (syarikat pengurusan sisa buangan milik kerajaan negeri) supaya lebih banyak tong pengasinga­n sampah ditempatka­n di pulau ini untuk menggalakk­an amalan mengasingk­an sampah,” katanya.

Dalam ucapannya sebelum itu, Muhammad Arof memuji Frangipani Langkawi kerana memulakan kursus perladanga­n organik, yang bukan sekadar mempopular­kan kaedah itu di Langkawi tetapi turut mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap sayur-sayuran yang dibawa masuk dari luar pulau ini.

“Kursus ini perlu diikuti sebagai langkah pertama untuk mempelajar­i lebih lanjut tentang perladanga­n organik dan selepas itu, peserta boleh menerapkan pengetahua­n mereka untuk memulakan ladang organik mereka sendiri dalam menyumbang ke arah makanan yang lebih sihat di Langkawi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia