Utusan Borneo (Sarawak)

Madrasah Hashimiyah sumbang didikan akedemik kepada anak-anak Rohingya

-

KUALA LUMPUR: Walau tidak sesempurna sekolah lain, Madrasah Hashimiyah di Selayang memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak pelarian Rohingya agar mereka tidak ketinggala­n dari segi pendidikan.

Pengasas Kindness Malaysia Muhammad Kamarukazi­zi berkata dengan adanya madrasah yang ditubuhkan pada 1997 itu, anak- anak ini diberi pendidikan serta kemahiran asas dalam bidang tertentu untuk meneruskan kelangsung­an hidup.

“Di madrasah ini, kami menyediaka­n kelas tilawah al-Quran pada sebelah pagi manakala pada sebelah petang pula kelas akademik, khususnya kelas Bahasa Melayu dan Matematik.

“Apabila mereka tamat belajar di madrasah ini, kemahiran dan pengetahua­n mereka ini boleh diguna pakai untuk menyumbang sumber tenaga kepada negara," katanya pada seminar pemerdagan­gan orang anjuran Yayasan Salam Malaysia, di sini, semalam.

Beliau berkata ia, sekali gus dapat membantu mereka agar tidak terjebak dengan gejala tidak sihat seperti gengsteris­me dan masalah sosial.

“Anak- anak ini tidak dibenarkan ke sekolah biasa kerana mereka adalah pelarian, maka itulah kami menubuhkan madrasah ini,” katanya.

Muhammad berkata tenaga pengajar madrasah itu terdiri daripada tiga warga tempatan dan 12 lagi warga Rohingya sendiri yang berpengala­man untuk mendidik 240 anakanak pelarian berkenaan.

Katanya pengambila­n kumpulan pertama pelajar Rohingya bermula kira-kira 10 tahun lepas di madrasah itu yang diasaskan oleh Ustaz Al Hafiz Hashim Kassim yang juga bertindak sebagai pengetua. — Bernama JOHOR BAHRU: Sebanyak 5,000 premis di negeri ini diperiksa dalam Ops Catut 5.0 yang dijalankan oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri sejak bulan lalu.

K e t u a P e g a w a i Penguatkua­sa KPDNHEP Johor Aris Mamat berkata menerusi gerak gempur terbabit, sebanyak 119 harga barangan melibatkan pelbagai jenis barangan harian pengguna ditinjau dan direkod bagi melihat kesan kenaikan harga barangan sebelum dan selepas pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

K a t a n y a , o p e r a s i melibatkan sektor pengilang, pengedaran dan pemborong itu dilaksanak­an secara bersepadu bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia ( JKDM) Johor bagi memastikan harga barangan terkawal selepas pelaksanaa­n SST.

“Pihak KPDNHEP juga akan melihat dan memastikan tiga peringkat ini iaitu pengilang, pengedar dan pemborong tidak meletakkan harga yang tidak munasabah untuk mengaut keuntungan yang berlebihan.

“Jika berlaku kenaikan harga yang tidak sepatutnya, K P D N H E P a k a n mengeluark­an Notis 21 (Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011) dan pihak terbabit perlu membalas notis ini dalam tempoh lima hari atau tindakan seterusnya akan diambil,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaa­n di Super Food Specialist (M) Sdn Bhd di sini semalam.

Dalam pada itu, Aris berkata pihaknya menerima 25 aduan berhubung kenaikan harga barang selepas pelaksanaa­n SST sejak 1 Sept lepas, namun, kesemua aduan berkenaan adalah disebabkan kekeliruan pengguna antara Cukai Perkhidmat­an dan Caj Perkhidmat­an yang dikenakan.

“Aduan berkenaan ialah berhubung Caj Perkhidmat­an enam peratus yang dikenakan dalam sektor perhotelan dan makanan yang menimbulka­n kekeliruan kepada pengguna. Bagaimanap­un, tiada sebarang notis atau tindakan dikeluarka­n pihak kami,” katanya.

Beliau berkata sebarang pertanyaan dan aduan berhubung harga serta aktiviti pencatutan boleh disalurkan kepada KPDNHEP Johor dengan mengemukak­an bersama keterangan aduan jelas, butiran lengkap berkaitan alamat tempat diadu, barangan dan harta serta resit pembelian bagi memudahkan siasatan dilakukan.

Ops Catut 5.0 membabitka­n 200 anggota penguatkua­sa di seluruh negeri dan ia dilakukan secara berkala bersama JKDM yang memberi penekanan kepada pelaksanaa­n kutipan cukai, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia