Utusan Borneo (Sarawak)

Musa angkat sumpah sebagai ADUN Sungai Sibuga semalam Beliau memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa

-

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman semalam mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Sungai Sibuga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Majlis angkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali itu selesai pada jam 3. 33 petang.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Musa mengucapka­n terima kasih kepada Speaker DUN Sabah kerana memberi persetujua­n bagi beliau mengangkat sumpah sebagai ADUN Sungai Sibuga semalam.

“Saya berterima kasih kerana Speaker DUN Sabah memahami keadaan kesihatan saya, serta mengizinka­n saya datang menghadap bagi membolehka­n saya memenuhi tanggungja­wab selaku ADUN,” katanya kepada pemberita selepas selesai majlis angkat sumpah itu di sini, semalam.

Pada masa sama, Musa berkata beliau telah mem- berikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa di Kuala Lumpur dan akan tetap memberikan kerjasama tersebut selagi diperlukan.

“Perlu saya tekankan di sini bahawa saya bukanlah seorang pelarian dan tidak sesekali pernah terniat di dalam hati untuk lari daripada pihak berkuasa Malaysia sebagaiman­a yang pernah digembar-gemburkan di dalam media sosial selama ini.

“Saya berada di luar negara atas sebab kesihatan serta rawatan rapi yang diperlukan dan ini dibuktikan dengan laporan kesihatan daripada para doktor yang merawat saya,” katanya.

Turut hadir pada majlis angkat sumpah itu ialah Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan beberapa pemimpin UMNO Sabah. — Bernama

 ??  ?? TAMBAH KONTENA: Madius (tengah), Ben, Azhar dan Madayem bersama warga KPP.
TAMBAH KONTENA: Madius (tengah), Ben, Azhar dan Madayem bersama warga KPP.
 ?? — Gambar Bernama ?? PENJELASAN: Musa (tengah) mengadakan sidang media selepas mengangkat sumpah sebagai ADUN Sungai Sibuga di Bangunan Dewau Undangan Negeri Sabah semalam.
— Gambar Bernama PENJELASAN: Musa (tengah) mengadakan sidang media selepas mengangkat sumpah sebagai ADUN Sungai Sibuga di Bangunan Dewau Undangan Negeri Sabah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia