Utusan Borneo (Sarawak)

MPS perlu kerjasama semua untuk memajukan Sandakan

-

SANDAKAN: Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) Datuk Peter Hii Chang Lik meminta semua pihak agar memberi kerjasama kepadanya sebagai peneraju baharu untuk memajukan bandar Sandakan dalam pelbagai aspek.

Beliau berkata kerjasama wakil-wakil rakyat di kawasan Sandakan termasuk yang berjawatan menteri dan pembantu menteri amat diperlukan bagi memastikan usaha membangunk­an bandar ini dapat direalisas­ikan.

“Apa yang penting bagi saya adalah kerjasama semua pegawai dan kakitangan Majlis Perbandara­n, agensi kerajaan, pihak media dan orang awam,” katanya kepada media selepas Majlis Serah Tugas Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan di Dewan Persidanga­n MPS, pagi Selasa.

Peter juga meminta pihak media agar tidak membuat laporan secara terus sebaliknya, jika ada aduan mengenai MPS yang tidak diketahui oleh pihak majlis, media perlu memaklumka­n terlebih dahulu kepada pihak MPS.

“Pihak media juga boleh menghubung­i pihak aduan MPS dan beri masa untuk pihak kami selesaikan sesuatu masalah itu. Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaik­an, saya dan pihak MPS sedia dikritik,” katanya.

Beliau juga mahu semua kakitangan MPS melaksanak­an tugas seperti yang diamanahka­n untuk kebaikan masyarakat di sini.

“Apabila kita kerja dengan baik, sudah tentu kita mendapat pujian daripada masyarakat. Laksanakan tugas dengan penuh integriti dan dedikasi,” katanya.

Dalam usaha mengindahk­an bandar ini, Peter berkata bangunan-bangunan yang terdapat di bandar Sandakan harus dicat semula sebagai usaha menceriaka­n bandar.

Demikian juga soal kebersihan di Sandakan yang akan menjadi keutamaan baginya ke arah memastikan bandar Sandakan sentiasa bersih.

“Isu mengenai pusat pembuangan sampah di Batu 8 yang mendapat banyak aduan juga akan diambil perhatian,” katanya.

Beliau juga akan turun padang melihat sendiri kerja semua pihak kontraktor di bawah majlis, yang akan dipantau olehnya sendiri sama ada kontraktor itu menjalanka­n operasi mengikut syarat yang ditetapkan.

Peter juga akan memberi perhatian kepada pelbagai isu yang dibangkitk­an oleh masyarakat Sandakan agar dapat diselesaik­an.

Beliau menyasarka­n tempoh enam bulan bagi menyelesai­kan isu-isu berkenaan. Walaupun bukan semua akan dapat diselesaik­an dalam satu-satu masa tetapi beliau akan berusaha untuk menyelesai­kannya.

“Saya juga akan membawa dan memanjangk­an perkaraper­kara ini kepada pengetahua­n pihak kerajaan untuk diselesaik­an,” katanya.

Sementara itu, Peter akan meminta kerajaan mempercepa­tkan projek di Lapangan Terbang Sandakan yang mana, bandar ini merupakan tumpuan pelancong kerana Sandakan memiliki banyak pusat pelanconga­n.

 ??  ?? BINA HOSPITAL: Uda (dua kiri) menyerahka­n bendera kepada wakil jabatan pada majlis itu. Turut kelihatan Awang Husaini (tengah).
BINA HOSPITAL: Uda (dua kiri) menyerahka­n bendera kepada wakil jabatan pada majlis itu. Turut kelihatan Awang Husaini (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia