Utusan Borneo (Sarawak)

POLIS BINTULU CATAT KEJAYAAN BESAR BANTERAS DADAH

-

BINTULU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bintulu mencatatka­n kejayaan besar dalam usaha membantera­s isu-isu penyalahgu­naan dadah, di mana statistik tahun lepas merekodkan lebih 500 pesalah ditangkap sama ada membabitka­n penyalahgu­naan atau pengedaran.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili berkata, di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, tahun ini empat individu telah diambil tindakan terutamany­a pengedar dadah di bahagian ini.

“Ia merupakan satu kejayaan baik, sekali gus berharap perkara itu akan terus diambil serius untuk hari-hari mendatang oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (KBSJN) yang baharu,” ujarnya pada Majlis Serah Terima Tugas KBSJN Bintulu ASP Ismuni Umar dan ASP Muning Jakung di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu semalam.

ASP Ismuni akan ditugaskan sebagai Pegawai Turus Perjawatan Perkhidmat­an Kepolisan Am Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di Kuching, manakala ASP Muning yang sebelum ini sebagai KBSJN Padawan akan mengambil alih jawatan sebagai KBSJN Bintulu yang baharu.

Hadir sama pada majlis itu Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu DSP Jame Reis, ketua cawangan dan ketua balai polis Bintulu.

Zulkipli berkata, pihaknya bukan sahaja mengambil berat usaha membantera­s isu-isu dadah bahkan memerlukan bantuan daripada jabatan siasatan jenayah serta ketua polis balai di peringkat bawahan untuk membantera­s aktiviti terbabit.

Katanya, Ismuni telah berusaha memastikan kejayaan membantera­s aktiviti dadah di Bintulu agar PDRM dipandang tinggi oleh masyarakat.

Justeru, beliau berharap Ismuni yang bakal memegang tampuk pegawai turus pentadbira­n narkotik akan terus menjalin hubungan baik dengan pegawai-pegawai di Bintulu serta sentiasa membantu di peringkat daerah dalam memastikan kejayaan berterusan.

“’Patah tumbuh hilang berganti’ itu normal dalam PDRM, saya kali keempat pernah bertukar tugas, ia merupakan pusingan dalam kerjaya PDRM dan bagi saya Ismuni menunjuk prestasi baik khususnya di bahagian siasatan jenayah narkotik, menunjukka­n kecemerlan­gan tugas, berintegri­ti tinggi sama ada dari segi disiplin dan komitmenny­a terhadap tugas,” katanya.

Sebagai usaha mengekal prestasi baik itu, beliau berharap Muning dengan pengalaman­nya akan meneruskan kesinambun­gan kejayaan itu untuk mengharumk­an nama PDRM serta untuk kesejahter­aan masyarakat di Bintulu, sekali gus turut berharap pegawai lain memberi kerjasama baik dengan ketua baharu itu selari pengurusan PDRM di sini.

“Mulakan kerja, kaji sedikit permasalah­an dan teruskan apa juga usaha kejayaan dalam membantera­s isu dadah dan pihak wartawan pula diharap sentiasa melaporkan berita tepat yang tidak merunsingk­an masyarakat, antaranya, mengelak ketidaktep­atan isu, statistik dan sebagainya namun setakat ini isu-isu di Bintulu adalah terkawal meskipun ada ketikanya tular dan tidak betul,” ujarnya.

Tegasnya, pihaknya memandang serius akan perkara itu dan setiap kali mesyuarat kami menekankan berkenaan menangani pelbagai isu bukan sahaja berkaitan dadah bahkan permasalah­an masyarakat.

Dalam pada itu Ismuni berkata, banyak kejayaan telah diperolehi pihaknya sejak mula beliau menerajui bahagian narkotik pada 2014 meskipun menempuh pelbagai cabaran, dugaan dan tohmahan semasa mulamula menerajui bahagian itu, ditambah dengan banyak masalah dadah berlaku di Bintulu.

Berikutan itu katanya, tin- dakan drastik telah dilakukan pihaknya untuk membantera­s masalah nombor satu dunia itu bermula tahun pertama (2014) 418 pengedar dan penagih dadah ditangkap dan didakwa di mahkamah, 2015 ( meningkat kepada 526 orang), 2016 (455) dan tahun 2017 sebagai tahun tangkapan paling banyak iaitu 575 orang.

“Tindakan drastik dengan kerjasama semua pegawai dan anggota di Bintulu telah menghasilk­an tangkapan paling banyak di Bintulu setiap tahun selama empat tahun untuk narkotik.

“Pada tahun 2018, tangkapan menurun tetapi pada umumnya ia petanda baik bahawa aktiviti dadah di Bintulu semakin hari semakin berkuranga­n serta memperliha­tkan kerja keras dan kerjasama erat antara saya dan rakan-rakan melibatkan cawangan lain dalam operasi membantera­s aktiviti dadah sehingga penurunann­ya lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya.

Muning dalam masa sama berterima kasih kepada Ismuni atas rekod baik yang dicapai itu, sekali gus beliau akan meneruskan tugas mencabar tersebut serta berharap akan mendapat bantuan daripada cawangan-cawangan lain termasuk dari segi mendapatka­n maklumat.

“Tanpa maklumat, tidak akan boleh bergerak kerana setiap anggota dalam PDRM adalah satu keluarga yang amat mengalu- alukan dan menghargai segala maklumat yang diperlukan dalam narkotik,” katanya.

 ??  ?? AMBIL ALIH: Ismuni (kiri) menyerahka­n dokumen kepada Muning dalam Majlis Serah Terima Tugas KBJSN Bintulu sambil disaksikan Zulkipli (tengah).
AMBIL ALIH: Ismuni (kiri) menyerahka­n dokumen kepada Muning dalam Majlis Serah Terima Tugas KBJSN Bintulu sambil disaksikan Zulkipli (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia