Utusan Borneo (Sarawak)

Indonesia tidak wajar mendiskrim­inasi pengilang Sarawak eksport produk ke Kalimantan Barat

-

KUCHING: Kerajaan Indonesia tidak sewajarnya melakukan diskrimina­si terhadap pengilang di Sarawak yang mengekspor­t produk ke Kalimantan Barat.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Chong Chieng Jen berkata perkara itu amat serius, kerana telah menjejaska­n perdaganga­n antara kedua-dua wilayah.

“Ia bukan tarif import dan bukan juga duti import yang dikenakan oleh Indonesia.

“Ini adalah diskrimina­si terhadap pengekspor­tan barang dari Sarawak,” katanya pada sidang media sempena lawatan ke Pico Food Industry Sdn Bhd di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai tindakan Kerajaan Indonesia yang mengenakan syarat kepada sebuah kilang keropok di sini, Pico Food Industry Sdn Bhd untuk mengekspor­t produk ke Kalimantan Barat.

Sehubungan itu, Chong berkata pihaknya akan bekerjasam­a dengan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa untuk menye- lesaikan isu tersebut dengan Kerajaan Indonesia.

Menurutnya, ia sejajar dengan perjanjian antara Malaysia dan Indonesia untuk tidak mengenakan cukai import bagi mempromosi­kan perdaganga­n antara kedua-dua negara.

Justeru, beliau berkata syarat yang melampaui perjanjian itu akan menghambat aliran perdaganga­n bebas antara kedua-dua negara.

Turut hadir Pengarah KPDNHEP Sarawak Datuk Stanley Tan, Timbalan Pengarah KPDNHEP Sarawak Md Nawawi Abdul Rahman dan Pengarah Urusan Pico Food Industry Sdn Bhd Sim Cho Phong.

 ??  ?? TEKNIK MODEN: Chong (kiri), Sim (dua kiri) dan Md Nawawi (kanan) melihat proses pembungkus­an keropok di Pico Food Industry Sdn Bhd.
TEKNIK MODEN: Chong (kiri), Sim (dua kiri) dan Md Nawawi (kanan) melihat proses pembungkus­an keropok di Pico Food Industry Sdn Bhd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia