Utusan Borneo (Sarawak)

TPM Singapura Teo Chee Hean lawat Sarawak

-

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean tiba di Kuching pagi semalam untuk lawatan kerja rasmi dua hari di Sarawak.

Beliau yang turut ditemani isteri Chew Poh Yin bersama ahli delegasi lain disambut Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK).

Teo kemudianny­a mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sebuah hotel di sini.

Selepas itu, Teo dan delegasi menghadiri makan tengah hari dianjurkan Ketua Menteri sebelum meneruskan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di kediamanny­a Demak Jaya, Jalan Bako.

Kemudian, Timbalan Perdana Menteri Singapura dan delegasi turut melawat Galeri Brooke di Petra Jaya dan Jambatan Darul Hana di Tebingan Kuching.

Pada sebelah malamnya, beliau menghadiri majlis resepsi di sebuah restoran anjuran Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Beliau kemudianny­a akan berlepas ke Kota Kinabalu pada tengah hari ini (Jumaat) bagi meneruskan lawatan kerja rasminya.

Delegasi lain, Menteri Kanan Kerajaan, Kementeria­n Komunikasi dan Maklumat dan Kementeria­n Kebudayaan, Komuniti dan Belia Sim Ann, Ahli Parlimen Christophe­r De Souza dan Pesuruhjay­a Tinggi Republik Singapura Ke Malaysia Vanu Gopala Menon.

 ??  ?? APA KHABAR?: Teo berjabat tangan dengan Abang Johari selepas pertemuan sempena lawatan kerja rasminya ke Sarawak semalam.
APA KHABAR?: Teo berjabat tangan dengan Abang Johari selepas pertemuan sempena lawatan kerja rasminya ke Sarawak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia