Utusan Borneo (Sarawak)

Miliki dadah, dua warga asing dipenjara lima dan tujuh bulan

-

MIRI: Dua lelaki warga asing dalam dua kes berasingan masing-masing dijatuhi hukuman penjara lima dan tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan menggunaka­n dan memiliki dadah berbahaya.

Mahkamah turut memerintah­kan kedua- dua tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran sebaik selesai menjalani hukuman penjara kelak.

Naharuddin Mokhtar dari India telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh didenda RM5,000 atau penjara dua tahun dan serta-merta dikehendak­i menjalani pengawasan oleh seorang pegawai yang ditakrifka­n di bawah Seksyen 2 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun mengikut Seksyen 38B ADB 1952.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah menggunaka­n dadah berbahaya jenis Methamphet­amine yang terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234), dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2.05 petang, 7 Jun tahun ini di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Miri.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara lima bulan ke atas Naharuddin dikuatkuas­akan mulai tarikh tangkapan pada 7 Jun tahun ini.

Manakala dalam kes berasingan, Sukraj Singh dari India telah didakwa mengikut Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama.

Sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh sebagai seorang yang bukan diberi kuasa di bawah ADB 1952, didapati ada memiliki dadah berbahaya jenis Methamphet­amine seberat 0.04 gram.

M e t h a m p h e t a m i n e merupakan satu item yang terkandung di dalam Bahagian III Jadual Pertama ADB 1952.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.05 tengah hari, 1 Julai lalu di hadapan sebuah kedai dobi di Blok 9 MCLD di sini.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara tujuh bulan ke atas Sukhraj dikuatkuas­akan mulai tarikh tangkapan pada 1 Julai lalu.

Pendakwaan kes masingmasi­ng dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor dan ASP Mary Ong di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia