Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas pegawai kanan kerajaan dijangka dituduh SPRM bersabit tuntutan palsu

-

KOTA BHARU: Satu kes membabitka­n seorang bekas pegawai kanan sebuah agensi kerajaan adalah antara tiga kes berprofil tinggi yang bakal dibawa ke mahkamah oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Kelantan tidak lama lagi.

Pengarah SPRM Kelantan Datuk Moh Samsudin Yusof berkata kes melibatkan pegawai berkenaan berkenaan adalah berkaitan Seksyen 18 Akta SPRM 2009 iaitu membuat tuntutan palsu.

Beliau berkata jumlah tuntutan palsu yang dikemukaka­n oleh bekas pegawai berusia 35 tahun itu adalah melebihi RM600,000.

“Dua lagi kes adalah melibatkan salah guna kuasa yang disiasat mengikut Seksyen 23 akta yang sama.

“Ketiga-tiga kes berprofil tinggi ini yang direkodkan SPRM Kelantan sejak 2016, sudah dirujuk kepada ibu pejabat suruhanjay­a untuk peringkat semakan akhir,” katanya kepada pemberita selepas majlis persaraan- nya di pejabatnya di sini, semalam.

Moh Samsudin berkata sejak mengambil alih jawatan sebagai Pengarah SPRM Kelantan pada 2016, beliau meletakkan misi untuk membantera­s gejala rasuah dan ketirisan hasil di negeri ini.

Beliau berkata sejak 2016 sebanyak 20 kes rasuah termasuk kes berprofil tinggi berjaya dituduh di mahkamah di negeri ini manakala tiga lagi masih menunggu untuk pertuduhan kerana masih menunggu lampu hijau dari ibu pejabat SPRM.

Dalam pada itu, Moh Samsudin berkata SPRM Kelantan menerima 551 aduan sepanjang tempoh tiga tahun berakhir Ogos lalu.

Katanya dalam tempoh itu, sejumlah 216 kertas siasatan termasuk 167 kertas siasatan awal juga dibuka manakala sebanyak 30 tangkapan berjaya dibuat SPRM negeri dan kebanyakan­nya melibatkan salah guna kuasa, menerima rasuah dan tuntutan palsu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia