Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan bincang cadangan gubal akta sabotaj ekonomi

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang dalam peringkat perbincang­an bersama pihak berkaitan mengenai cadangan untuk menggubal Akta Sabotaj Ekonomi bagi mengekang tindakan menjual kontrak dan permit import (AP), Dewan Negara diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata penggubala­n akta itu adalah antara resolusi yang dikemukaka­n dalam Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018, Sabtu lepas.

“Cadangan penggubala­n akta itu penting bagi mengekang tindakan pihak-pihak tertentu daripada meraih keuntungan segera melalui penjualan kontrak dan permit import,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Negara semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Bashir Alias mengenai bentuk program yang akan dilaksana kerajaan bagi meningkatk­an taraf hidup masyarakat Melayu dan Bumiputera.

Mohd Radzi berkata, pada masa ini kerajaan sedang menyediaka­n strategi, inisiatif dan hala tuju baharu Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) melalui penyediaan kajian separuh penggal rancangan itu.

“Dokumen kajian separuh penggal itu akan dibentangk­an pada Oktober ini dengan mengambil kira keperluan semasa rakyat berteraska­n kepada prinsip menyeluruh,” katanya.

Beliau turut menjelaska­n bahawa penyertaan kaum Bumiputera secara saksama akan diberi keutamaan bagi menangani penyertaan yang tidak seimbang dalam guna tenaga, pemilikan aset seperti hartanah dan ekuiti korporat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia