Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan komited untuk laksana gaji minimum RM1,500

-

KUALALUMPU­R: Kerajaan komited untuk meningkatk­an kadar gaji minimum daripada RM1,050 kepada RM1,500 seperti diumumkan Pejabat Perdana Menteri kelmarin selaras dengan janji manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata kerajaan masih mempunyai mandat antara empat hingga lima tahun lagi untuk melaksanak­an perkara itu.

“Bermula 2019, kita ada lagi tahun 2020, 2021 dan 2022, dan sehingga tahun kelima kita akan berusaha keras agar gaji minimum dapat kita tingkatkan dari semasa ke semasa.

“Sebelum ini, manifesto PH menetapkan gaji minimum sebanyak RM1,500 bagi Semenanjun­g dan Sabah serta Sarawak. Itu adalah pandangan dan kajian yang kita buat sebelum menjadi kerajaan, dengan data terhad yang ada pada kita (ketika merangka manifesto),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan kelmarin, bersetuju untuk melaksanak­an kadar gaji minimum yang seragam bagi seluruh negara iaitu RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Januari 2019.

Keputusan berkenaan dibuat selepas menimbang syorsyor yang diberikan Majlis Perundinga­n Gaji Negara (MPGN) hasil kajian semula terhadap Perintah Gaji Minimum 2016.

Mengulas dakwaan ada segelintir pihak yang kecewa dengan pengumuman itu kerana tidak selari seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH, Amiruddin berharap ia tidak berpanjang­an kerana ia sedikit sebanyak memberi kelegaan dalam pasaran kerja.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata kementeria­nnya akan mendapatka­n maklum balas daripada Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia untuk melihat impak pelaksanaa­n gaji minimum itu terhadap industri pengasuh.

Beliau mengakui pelaksanaa­n kadar gaji minimum baharu itu mungkin memberi implikasi terhadap operasi pusat-pusat asuhan sambil menambah kementeria­n bersedia mendengar pandangan persatuan itu dan akan membincang­kannya di peringkat kabinet. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia