Utusan Borneo (Sarawak)

Osaka tamat kemarau 22 tahun kemaraan pemain Jepun ke peringkat separuh akhir

-

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS): Naomi Osaka menjadi pemain wanita pertama dari Jepun dalam tempoh 22 tahun yang melangkah ke peringkat separuh akhir satu kejohanan Grand Slam Rabu lepas apabila mudah menewaskan Lesia Tsurenko 6-1 dan 6-1 pada perlawanan suku akhir Terbuka AS sebelum mengakui beliau berasa “cukup gemuruh”.

Osaka masih belum lahir apabila Kimiko Date melangkah ke separuh akhir Wimbledon pada 1996 tetapi sekarang, pemain berusia 20 tahun itu mempunyai peluang untuk memperbaik­i lagi rekod itu dengan melangkah ke final pertamanya pada kejohanan Grand Slam.

Untuk melangkah ke final, Osaka, pilihan ke-20 kejohanan, perlu menewaskan pemain pilihan ke- 14 yang juga pemain tuan rumah, Madison Keys, yang menewaskan Carla Suarez Navarro 6-4 dan 6-3.

Keys, naib juara di sini tahun lepas, memiliki rekod pertemuan 3-0 menentang Osaka termasuk di pusingan ketiga di s ini pada 2016 apabila bangkit dari ketinggala­n 1-5 pada set penentuan.

“Ia amat bermakna untuk melangkah ke separuh akhir,” kata Osaka semasa sidang media dalam gelanggang selepas perlawanan.

Osaka meraikan kemenangan dengan tenang dan tidak seperti tangisan kegembiraa­n ketika menewaskan Aryna Sabalenka di pusingan 16 akhir.

“Saya menangis teruk pada kemenangan sebelum ini dan ramai orang mentertawa­kan saya. Jadi kali ini saya terus ke jaring.

“Saya sebenarnya cukup gemuruh dan seluruh badan saya menggeleta­r dengan perasaan kegembiraa­n ini tetapi secara keseluruha­nnya saya berasa sangat bangga kerana tidak merosakkan raket.”

Osaka berkata beliau gembira bermain dalam cuaca panas di New York, yang sentiasa menjadi topik perbualan sepanjang kejohanan ini.

“Maaf, saya tidak fikir ia cukup panas. Saya sudah biasa dengan cuaca di Florida dan saya suka berpeluh.”

Osaka menewaskan Tsurenko, pilihan ke- 36 dalam masa hanya 57 minit ketika lawannya dari Ukraine melakukan terlalu banyak kesilapan.

Tsurenko menyingkir­kan juara Terbuka Australia, Caroline Wozniacki di pusin- gan kedua tetapi melakukan 31 kesilapan mudah ketika menentang Osaka.

Keys, yang tewas kepada Sloane Stephens di final tahun lepas, meneruskan rekod cemerlang menentang Suarez Navarro dengan kemenangan keempat berturut-turut.

Beliau melakukan 22 pukulan kemenangan dan enam servis kencang untuk menewaskan lawan yang menyingkir­kan bekas juara, Maria Sharapova di pusingan sebelum ini. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KE SEPARUH AKHIR: Osaka ketika beraksi menentang Tsurenko pada perlawanan suku akhir Terbuka AS 2018 di New York, Amerika Syarikat kelmarin.
— Gambar AFP KE SEPARUH AKHIR: Osaka ketika beraksi menentang Tsurenko pada perlawanan suku akhir Terbuka AS 2018 di New York, Amerika Syarikat kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia