Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 5 peratus daripada 2.3 juta hektar ladang pekebun kecil dapat sijil MSPO

-

KOTA KINABALU: Lebih 118,000 hektar atau 5.21 peratus daripada kira-kira 2.3 juta hektar kawasan tanaman pekebun kecil kelapa sawit di negara ini sudah mendapat pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MOPB) sehingga Julai tahun ini, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok.

Beliau berkata keluasan tersebut merangkumi 105,751.06 hektar di bawah 56 kelompok pekebun kecil tersusun yang dikendalik­an oleh agensi-agensi kerajaan seperti FELDA, FELCRA, SALCRA, SLDB dan sebagainya dan 12,312.02 hektar lagi di bawah 62 kelompok pekebun kecil persendiri­an atau Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOCs) kendalian MPOB.

“Ini bermakna sebanyak 8.21 peratus daripada 1,287,958 hektar kawasan tanaman pekebun kecil tersusun telah memperoleh sijil MSPO selain 1.26 peratus daripada 979,758 kawasan hektar tanaman pekebun kecil persendiri­an,” katanya.

Teresa berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidanga­n Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit 2018 di sini semalam. Persidanga­n yang dihadiri kira-kira 500 pekebun kecil kelapa sawit berkenaan turut dihadiri Pengerusi MPOB Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Beliau bagaimanap­un berkata pencapaian pensijilan MSPO masih kurang memuaskan kerana sehingga Julai 2018, hanya 2,613.25 hektar atau 1.2 peratus daripada 221,148.49 hektar kawasan tanaman pekebun kecil sawit di negeri itu yang memperoleh pensijilan berkenaan.

Oleh itu, beliau berkata MPOB telah menubuhkan Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) untuk membantu pekebun kecil persendiri­an mendapatka­n pensijilan MSPO manakala bagi pekebun kecil tersusun, bantuan disediakan melalui agensi persekutua­n dan negeri masing-masing.

Katanya SPOC juga diwujudkan bagi menggalakk­an Amalan Pertanian Baik dan bertujuan menyatukan pekebun kecil untuk manfaat bersama.

“Kos pelaksanaa­n pensijilan MSPO bagi pekebun kecil persendiri­an ditanggung oleh kerajaan menerusi insentif sebanyak RM135 sehektar,” katanya.

Beliau berkata selain agensi pekebun kecil tersusun seperti FELDA, FELCRA serta SLDB, pekebun kecil juga boleh mendapatka­n khidmat nasihat berkaitan pensijilan MSPO daripada persatuanp­ersatuan pekebun kecil seperti NASH ( Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil), EMPA (East Malaysian Planters Associatio­n) dan DOPPA (Sarawak Dayak Oil Planters Associatio­n).

Sementara itu, Teresa Kok berkata kementeria­n itu telah melaksanak­an pelbagai program untuk memperkasa pekebun kecil bagi mening- katkan produktivi­ti pengeluara­n dan pendapatan, termasuk menempatka­n pegawai MPOB di seluruh negara bagi menyediaka­n khidmat nasihat penanaman sawit secara percuma kepada pekebun kecil dan menyalurka­n pelbagai bantuan kerajaan.

Selain itu katanya, kerajaan juga memperkena­l Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (ITa) dan Skim Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe) supaya pekebun kecil dapat mengoptimu­mkan penggunaan tanah serta mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap hasil sawit, sekali gus melahirkan usahawan tani daripada kalangan pekebun kecil.

Katanya, inisiatif lain yang dilaksanak­an kerajaan untuk membantu pekebun kecil, termasuk memperkena­l teknologi dan mekanisasi seperti penggunaan Mesin Penuai Buah Sawit Bermotor (CANTAS) yang dibangunka­n MPOB sehingga menghasilk­an peningkata­n produktivi­ti penuaian melebihi 100 peratus kepada 8.7 tan sehari berbanding 3.6 tan sehari secara kaedah manual.

“Kementeria­n bersama MPOB juga menggalakk­an kerjasama dalam kalangan pekebun kecil untuk meningkatk­an produktivi­ti hasil sawit melalui penubuhan Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM). Sehingga Jun 2018, terdapat 50 KPSM di seluruh Malaysia dengan sasaran 65 KPSM lagi ditubuhkan menjelang 2020,” katanya.

Pada majlis itu, Teresa Kok turut menyampaik­an Anugerah Industri Sawit Malaysia 2017/2018 kepada 12 pemenang mengikut kategori masing-masing. Selain sijil, pemenang juga menerima bantuan satu tan baja. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINGKAT PRODUKTIVI­TI: Teresa (berdiri empat, kanan) bersama para penerima Anugerah Industri Sawit 2018 semalam.
— Gambar Bernama TINGKAT PRODUKTIVI­TI: Teresa (berdiri empat, kanan) bersama para penerima Anugerah Industri Sawit 2018 semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERKUALITI: Teresa diberi taklimat oleh Mohd Bakke tentang jenis baka sawit pada pameran sempena Persidanga­n Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit 2018 semalam.
— Gambar Bernama BERKUALITI: Teresa diberi taklimat oleh Mohd Bakke tentang jenis baka sawit pada pameran sempena Persidanga­n Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit 2018 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia