Utusan Borneo (Sarawak)

Rizab antarabang­sa BNM meningkat kepada AS$104.4b

-

KUALA LUMPUR: Rizab antarabang­sa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$104.4 bilion pada 30 Ogos 2018 berbanding AS$104.2 billon pada 15 Ogos 2018.

Dalam kenyataan semalam, bank pusat berkenaan berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 0.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.

BNM menyatakan, sebahagaia­n besar hutang luar negeri jangka pendek adalah hutang institusi perbankan, yang mencermink­an pemusatan pengurusan mudah tunai oleh institusi perbankan Malaysia yang beroperasi di rantau ini dan kehadiran bank-bank asing yang nyata di Malaysia.

“Institusi-institusi ini memegang aset luaran yang besar, yang boleh digunakan untuk memenuhi obligasi luaran mereka tanpa perlu membuat tuntutan ke atas rizab antarabang­sa BNM,” kata BNM.

Komponen utama rizab antarabang­sa berkenaan mengandung­i rizab mata wang asing sebanyak AS$98.5 bilion, Kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabang­sa (AS$900 juta), Had Pengeluara­n Khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$1.5 bilion), dan aset rezab lain (AS$2.3 bilion).

Menurut BNM, aset termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab lain termasuk SDR ( RM422.49 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia ( RM4.27 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM237.28 juta), pinjaman dan pendahulua­n (RM7.11 bilion), tanah dan bangunan (RM4.17 bilion), serta aset lain (RM8.09 bilion). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia