Utusan Borneo (Sarawak)

AHLI KELAB LIONS DI GESA FAHAMI KEPERLUAN KANAK- KANAK

- Oleh Watt Zacchaeus

AHLI-AHLI Kelab Lions di Sibu diminta agar melawat Persatuan Kanak-Kanak Istimewa sekerap mungkin untuk memahami dengan lebih baik keperluan kanakkanak.

Presidenny­a Kapitan Datuk Janet Lau menegaskan, ini kerana hanya melalui lawatan yang kerap ke persatuan itu akan membolehka­n mereka mempunyai gambaran yang lebih besar terhadap keperluan dan kesulitan yang dirasai.

Beliau bercakap demikian semasa upacara penyerahan Orthosis SWASH (kemudahan alat tempat duduk, berjalan dan berdiri) dari Lions Club Of Sibu Central kepada Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Sibu di Pusat Agape Sibu, kelmarin.

Sumbangan ini adalah projek bersama Lions Clubs Internatio­nal (LCI) District 308-A2 Region 2 dan Hipme Hip Orthosis kepada persatuan tersebut yang telah dianjurkan Lions Club Of Sibu Central.

Kedua-dua set Orthosis SWASH telah diserahkan bersama oleh Presiden Lions Club Of Sibu Central Edmond Wong, Profesor Dr Toh Teck Hock yang merupakan Pediatrik dan Ketua Pusat Penyelidik­an Klinikal Hospital Sibu dan Pengerusi Penganjur projek Francis Sia kepada Janet.

“Setelah ahli Kelab Lions mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai keadaan kanak-kanak kurang bernasib baik mereka akan tahu lebih banyak jenis perkhidmat­an yang boleh mereka tawarkan kepada golongan kurang bernasib baik itu,” tambahnya.

Janet menegaskan, apa yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak kurang bernasib baik itu ialah kasih sayang, selain daripada pelbagai bentuk sumbangan.

Beliau juga turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada Kelab Lions yang prihatin dengan memberikan sumbangan besar kepada projek bersama yang sangat bermakna kepada anakanak di persatuan itu.

Sementara itu Toh berkata, mereka mempunyai 200 kanakkanak yang berdaftar di bawah Persatuan KanakKanak Istimewa.

“Bagaimanap­un, tidak semua orang memerlukan­nya, hanya kanak-kanak yang tidak boleh duduk, berjalan atau berdiri benar-benar memerlukan sumbangan tersebut supaya satu hari nanti mereka dapat duduk, berjalan atau berdiri dengan bantuan peralatan ini,” katanya lagi.

 ??  ??
 ??  ?? IHSAN: Janet (lima kiri) menerima sumbangan daripada Edmond (empat kanan), Toh (lima kanan) dan Francis (empat kiri) pada penyerahan Orthosis SWASH di Sibu, kelmarin.
IHSAN: Janet (lima kiri) menerima sumbangan daripada Edmond (empat kanan), Toh (lima kanan) dan Francis (empat kiri) pada penyerahan Orthosis SWASH di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia