Utusan Borneo (Sarawak)

Rugi RM100,000 ditipu urusan sewaan jentera

-

KUANTAN: Seorang peniaga kerugian RM100,000 akibat ditipu dalam urusan sewaan jentera bagi kerja pembinaan di Pelabuhan Kuantan di sini, awal tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 51 tahun mendakwa telah membuat persetujua­n menyewa ‘floating crane’ dengan seorang lelaki yang difahamkan pengurus syarikat pembekal.

Katanya, mereka mencapai persetujua­n nilai sewaan jentera itu pada kadar S$250,000 atau RM750,000 sebulan sehingga projek selesai dan mangsa telah membuat bayaran pendahulua­n sebanyak RM100,000 pada 8 Mac lalu.

“Pada 10 April lalu, mangsa dan suspek telah bertemu dengan pengurusan tertinggi Pelabuhan Kuantan yang mana suspek mengakui tidak dapat menghantar ‘ floating crane’ itu ke pelabuhan pada 12 April lalu.

“Mangsa mahu suspek memulangka­n semula wang pendahulua­n itu, namun suspek memberikan pelbagai alasan dan masih tidak berbuat demikian setakat ini,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd Wazir berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Dalam kes berasingan, niat seorang pengurus kilang papan untuk membantu rakan yang kononnya menghadapi masalah kewangan membawa padah apabila dia ditipu membabitka­n sejumlah RM18,000.

Mohd Wazir berkata dalam kejadian itu, mangsa yang berumur 50, mendakwa dihubungi rakan lama bernama Philip pada 3 Sept lalu yang mahu meminjam wang RM18,000 dan berjanji akan memulangka­n semula wang itu pada keesokan harinya (4 Sept).

“Mangsa bagaimanap­un tidak menerima semula wang itu dan telah menghubung­i nombor telefon lama Philip yang ada padanya. Philip memberitah­u dia tidak pernah menggunaka­n nombor itu dan tidak meminjam wang mangsa.

“Mangsa cuba menghubung­i nombor yang digunakan suspek, namun sehingga kini tidak berjaya menyebabka­n dia rasa ditipu,” katanya.

Sementara itu, seorang suri rumah kerugian RM3,000 yang dikatakan sebagai sogokan untuk melepaskan adik iparnya yang ditahan polis kerana disyaki mencuri kabel dan positif dadah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia