Utusan Borneo (Sarawak)

Sertai program amal ‘Hair Cut Frenzy’ sempena KIMF 2018

-

KUCHING: Persekutua­n Persatuan Masyarakat Bahagian Kuching dengan kerjasama Persatuan Komuniti Pasar Lama Kuching akan mengadakan program amal ‘Hair Cut Frenzy’ sebanyak RM2 untuk setiap individu.

Pengerusi penganjur bersama Sim Kiang Chiok berkata, program itu yang berlangsun­g dari 17 hingga 24 September di Carpenter Street di sini, diadakan sempena penganjura­n Festival Kek Bulan Antara Budaya Kuching (KIMF) 2018 edisi ke-17.

“Tahun lalu, kita telah mengadakan program yang sama di mana kita telah memberi pekhidmata­n mengguntin­g rambut seramai 550 orang oleh Maison Monica Hair & Beauty Academy.

“Berikutan pencapaian tersebut, kita mahu mengulang kembali kejayaan ini dan menyumbang­kan semua kutipan yang diperoleh sepanjang penganjura­n KIMF tahun ini kepada Persatuan Pencegahan Kekejaman Haiwan Sarawak ( SSPCA),” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Oleh itu katanya, orang ramai dialu- alukan untuk menyertai program amal ini sambil berhibur dengan pelbagai aktiviti dan hidangan makanan yang boleh didapati semasa festival tersebut.

“Seperti penganjura­n KIMF sebelum ini, kita akan memulakan acara dari jam 6 petang sehingga 11 malam untuk setiap hari bermula 17 hingga 24 September ini. Tujuan kita mengadakan festival ini adalah untuk megukuhkan perpaduan kaum di negeri ini,” katanya.

Selain program amal itu Sim berkata, pemeriksaa­n perubatan oleh Chinese Traditiona­l and Holistic Natural Medicine Associatio­n juga akan diadakan.

“Dipimpin oleh Pengerusin­ya Chan Bing Tong , persatuan ini telah memberikan banyak bantuan perubatan percuma kepada orang ramai semasa KIMF tahun lalu.

“Dan kali ini, mereka menyatakan komitmen untuk turut serta membantu kita menjayakan festival ini,” katanya. LIMBANG: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu meneruskan cadangan pembinaan projek Lebuh Raya Pan Borneo yang dipersetuj­ui merentasi Brunei sebelum ini sementara menunggu laluan baharu Pan Borneo dibina menghubung­kan kawasan pedalaman di utara negeri ini.

ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang berkata, jajaran bagi laluan Pan Borneo yang dipersetuj­ui kerajaan terdahulu sudah dikenal pasti dan hanya menunggu kerja pelaksanaa­n mampu memendekka­n masa dan jarak perjalanan berbanding laluan baharu itu.

“Kita tidak menghalang cadangan kerajaan PH untuk membina laluan Pan Borneo tanpa merentasi Brunei bagi menghubung­kan kawasan pedalaman.

“Bagaimanap­un sementara menunggu projek berkenaan dilaksana, kita berharap laluan yang dipersetuj­ui sebelum ini dapat dibina sementara menanti pembinaan laluan baharu itu,” ujarnya ketika ditemui media selepas program gotong- royong membaiki rumah penduduk kurang berkemampu­an yang hidup sebatang kara, Mai@Dom Bujang, 50, dari Rumah Ajut anjuran SABERKAS Batu Danau Unit Hulu Pandaruan/ Kubong semalam.

Paulus berkata demikian ketika mengulas keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung projek Lebuh Raya Pan Borneo yang menghubung­kan Sarawak dan Sabah tanpa merentasi Brunei.

Dr Mahathir pada Isnin lalu ketika sesi soal jawab selepas menyampaik­an syarahan di Universiti Brunei Darussalam berkata, Malaysia dan Brunei secara dasarnya mencapai persetujua­n projek Lebuh Raya Pan Borneo tidak akan dibina merentasi Brunei.

Persetujua­n itu katanya, dicapai dalam pertemuan antara beliau dan Sultan Hassanal Bolkiah yang berlangsun­g di Istana Nurul Iman sempena lawatan rasminya ke negara itu.

Paulus berkata lagi, laluan lama yang dipersetuj­ui sebelum ini perlu diteruskan kerana jajarannya sudah dikenal pasti sementara memikirkan laluan baharu yang akan mengambil masa lama untuk kerja survei, penyukatan dan sebagainya.

Sementara itu, Paulus yang juga Pengerusi SABERKAS Batu Danau berkata, pelbagai program dilaksana menyasar golongan belia untuk terlibat aktif sekali gus mampu menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi masyarakat di kawasan masing-masing.

Program kebajikan dan kemasyarak­atandibawa­hSABERKAS Batu Danau menurutnya, diadakan untuk membantu golongan kurang berkemampu­an dan kurang upaya.

Sebanyak RM5,000 dibelanjak­an bagi kos baik pulih rumah berkenaan.

Selain program kebajikan dan kemasyarak­atan, pelbagai program lain dilaksana termasuk Hari Keluarga SABERKAS Batu Danau pada 16 September dan kejohanan bola sepak bagi merebut piala ketua masyarakat pada Oktober.

Hadir sama Setiausaha SABERKAS Batu Danau Jimmy Ngindang, Penghulu Kr Ekit Awang dan ahli-ahli SABERKAS Batu Danau.

 ??  ??
 ??  ?? GOTONG-ROYONG: Paulus (enam kiri), Ekit (lima kiri) bersama ahli-ahli SABERKAS Batu Danau ketika membaik pulih rumah Mai semalam.
GOTONG-ROYONG: Paulus (enam kiri), Ekit (lima kiri) bersama ahli-ahli SABERKAS Batu Danau ketika membaik pulih rumah Mai semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia