Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga rumah panjang di Linei Putih kini nikmati elektrik 24 jam menerusi SARES

-

MARUDI: Tiga rumah panjang di Linei Putih, Baram kini menikmati bekalan elektrik 24 jam menerusi Projek Skim Elektrifik­asi Alternatif Luar Bandar Sarawak ( SARES) yang menelan belanja RM7.8 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Dato Gerawat Gala berkata, tiga rumah panjang itu – Rumah Rok, Rumah Lajang dan Rumah Asong – terdiri daripada 128 pintu dengan jumlah penduduk seramai 809 orang.

Gerawat yang mewakili Menteri Kemudahan Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, projek SARES di Marudi merupakan inisiatif kerajaan negeri melalui ke- menterian dan dilaksanak­an oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) dengan peruntukan kerajaan.

“Liputan elektrik 24 jam di pedalaman Sarawak kini sebanyak 91 peratus. Kirakira 30,400 isi rumah atau sembilan peratus penduduk belum menerima kemudahan itu.

“Impian kita ialah seluruh kawasan akan menikmati bekalan elektrik 24 jam menjelang 2025,” ujarnya pada Program Penyerahan Projek SARES Daerah Marudi di Rumah Rok, Marudi barubaru ini.

Gerawat berkata, SARES dilaksanak­an menggunaka­n konsep komuniti dengan ker- jasama komuniti tempatan.

Katanya, apabila pembinaan siap, sistem ini diserahkan kepada komuniti, manakala SEB akan melaksanak­an penyelengg­araan berjadual.

“Saya berharap dengan adanya kemudahan bekalan elektrik 24 jam ini, penduduk dapat menikmati kemudahan asas dan meningkatk­an kualiti hidup termasuk memudahkan anak-anak mengulang kaji pelajaran dan menceburi keusahawan­an,” katanya.

Terdahulu, Naib Presiden Penyelidik­an dan Pembanguna­n SEB Dr Chen Shiun berkata, kecekapan teknologi tenaga alternatif memudahkan kerajaan Sarawak menyediaka­n bekalan elektrik 24 jam kepada penduduk pedalaman.

Katanya, projek kali ini merupakan SARES Fasa 1 di Baram melibatkan sembilan kampung, manakala SARES Fasa 2 melibatkan 15 kampung.

Turut hadir Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Sharbini Suhaili, Pengurus Besar Komunikasi Korporat SEB Peing Tajang, Residen Miri Sherrina Hussaini, Pengerusi Majlis Daerah Marudi Kaunselor Edward Mendai serta wakil- wakil dari agensi dan pemimpin masyarakat Marudi.

 ??  ?? PEMILIKAN RASMI: Ketiga-tiga tuai rumah menandatan­gani sijil pemilikan semasa Program Penyerahan Projek SARES Daerah Marudi di Rumah Rok, Marudi baru-baru ini.
PEMILIKAN RASMI: Ketiga-tiga tuai rumah menandatan­gani sijil pemilikan semasa Program Penyerahan Projek SARES Daerah Marudi di Rumah Rok, Marudi baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia