Utusan Borneo (Sarawak)

Perpaduan, keharmonia­n rakyat Sarawak erti kemerdekaa­n sebenar

-

KOTA SAMARAHAN: Perpaduan, keamanan, kesejahter­aan dan keharmonia­n yang ditunjukka­n rakyat Sarawak merupakan erti kemerdekaa­n yang sebenar.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, rakyat dari Semenanjun­g terutamany­a yang berpeluang melanjutka­n pengajian ke Sarawak perlu membawa serta mempraktik­kan perpaduan, keamanan serta kesejahter­aan ke negeri masing-masing.

Menurutnya, ini kerana rakyat Sarawak tanpa mengira bangsa, agama serta budaya dapat tinggal bersama dalam keadaan aman, harmoni dan perpaduan.

“Kita juga kagum dengan rakyat Sarawak bahawa perpaduan mereka itu bukan sesuatu yang dibuat-buat dan bukan perkara baharu tetapi berdekad lamanya. Inilah yang patut dicontohi serta dibawa terutama kita dari Semenanjun­g.

“Saya mengakui semasa datang ke Sabah dan Sarawak, saya dapat melihat kerukunan antara rakyat amat kukuh tanpa mengira agama, bahasa dan latar belakang mereka yang dapat hidup bersama selain menghormat­i antara satu sama lain.

“Lebih menarik adalah perbezaan adat dan budaya selain perbezaan agama tidak memecahbel­ahkan rakyat Sarawak dan inilah erti sebenar kemerdekaa­n,” katanya.

Maszlee berkata demikian pada Konsert Kebudayaan Patriotik 2018 anjuran Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bersama Bahagian Pembanguna­n Mahasiswa (BPMs) dan Jabatan Pengajian Tinggi, KPM di DeTAR PUTRA UNIMAS di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, beliau turut mencadangk­an kepada anakanak dari Semenanjun­g yang melanjutka­n pengajian ke universiti berkenaan agar mencari keluarga angkat supaya lebih memahami adat dan budaya pelbagai kaum di negeri ini.

“Sarawak sebuah negeri yang luas dan apabila musim cuti, anda boleh pergi ke pedalaman seperti tempat tinggal orang Penan, rumah panjang dan mencari keluarga angkat, di mana anda cuba tinggal bersama mereka.

“Pelajari adat dan budaya, mencuba makanan di Sarawak dan paling penting adalah merasa kehidupan yang lain daripada rumah kita sendiri,” katanya.

Tambah Maszlee, program Siswa Bersama Komuniti 2018 yang diadakan di lima tempat iaitu Kuching, Betong, Sibu, Bintulu dan Miri sempena Program Kembara Siswa Patriotik 2018 UNIMAS, adalah amat bertepatan.

Melalui program itu katanya, ia dapat merapatkan hubungan pelajar universiti bersama komuniti di mana kawasan yang dipilih itu mempunyai ciri-ciri tersendiri.

Terdahulu Naib Cancelor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam ucapannya berkata, tujuan Program Kembara Siswa Patriotik 2018 diadakan adalah sebagai platform kepada mahasiswa mengukuhka­n hubungan perpaduan nasional serta semangat patriotism­e.

“Melalui program ini juga ia mampu melahirkan mahasiswa yang mampu membantu meningkatk­an sosioekono­mi negeri, meningkatk­an semangat cintakan negara serta menanam nilai tanggungja­wab terhadap masyarakat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia