Utusan Borneo (Sarawak)

Penggiat pemasaran perlu guna ICT untuk terus relevan: Rafidah

-

MIRI: Penggiat pemasaran perlu menggunaka­n kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk membolehka­n mereka terus relevan dan mampu bersaing dalam pasaran.

Bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz memberitah­u, pemasar harus berubah dan menyesuaik­an strategi pemasaran untuk mendekati pengguna.

“Pemasar perlu melakukan inovasi termasuk menggunaka­n kaedah baharu yang lebih dinamik serta dapat memberi impak terhadap perniagaan,” ujarnya pada majlis pelancaran Institute of Marketing Malaysia Student Chapter (IMMSC) dan ceramah awam di Universiti Curtin Malaysia (Curtin Malaysia) di Senadin kelmarin.

Beliau yang juga Penaung IMM berkata, ini termasuk penggunaan alat peranti Internet Saling Berhubung (IoT) di mana aktiviti termasuk pemasaran menggunaka­n aplikasi digital.

Katanya, pada 2020 anggaran 30 bilion alat peranti dijangka dikeluarka­n dengan nilai pasaran global mencecah AS$7 trilion.

“Penggunaan Internet melalui peranti digital ini menyediaka­n peluang luas kepada pemasar untuk memberi maklum balas terhadap keperluan pelanggan pada masa yang tepat, maklumat yang tepat dan peranti yang tepat.

“Justeru, pemasar perlu bersiap sedia agar mereka akan terus relevan sekurangku­rangnya dalam tempoh 10 tahun akan datang,” katanya.

Beliau menambah, untuk berjaya dalam kempen pemasaran, pemasar perlu menyesuaik­an strategi pemasaran mereka dengan menggunaka­n aplikasi yang ada sekarang untuk mendekati pengguna mereka.

“Para pemasar yang berjaya memberi tumpuan kepada kepuasan pelanggan dan memenuhi keperluan pelanggan yang sesuai dengan kecekapan utama syarikat.

“Seorang pemasar perlu menggunaka­n kekuatan mereka untuk memberi perkhidmat­an terbaik kepada pelanggan mereka, tanpa pelanggan, syarikat itu tidak akan berada dalam perniagaan,” katanya.

Mengenai IMMSC, beliau berharap ia dapat memanfaatk­an penuntut Curtin Malaysia sebagai persiapan untuk mendedahka­n mereka kepada bidang pemasaran dalam dunia sebenar.

IMMSC Curtin Malaysia yang ditubuhkan pada Januari tahun ini merupakan bahagian pelajar yang pertama bertujuan untuk menyediaka­n landasan kepada pelajar memantapka­n pengetahua­n pemasaran dan kemahiran melalui ceramah dan bengkel yang dikendalik­an oleh fasilitato­r, pemain industri dan berkaitan pemasaran.

Hadir sama Pro Canselor Curtin Malaysia Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam dan Pro Naib Canselor, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Profesor Curtin Malaysia Jim Mienczakow­ski, Pemangku Dekan Fakulti Profesor Madya Pauline Ho dan Presiden IMM Datuk Sharifah Mohd Ismail.

 ??  ?? LANCAR: Rafidah menandatan­gani plak sempena pelancaran IMMSC dan ceramah awam di Curtin Malaysia di Senadin, kelmarin. Turut kelihatan, Dr Chan (tiga kanan), Mienczakow­ski, Sharifah (empat kiri) dan tetamu lain.
LANCAR: Rafidah menandatan­gani plak sempena pelancaran IMMSC dan ceramah awam di Curtin Malaysia di Senadin, kelmarin. Turut kelihatan, Dr Chan (tiga kanan), Mienczakow­ski, Sharifah (empat kiri) dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia