Utusan Borneo (Sarawak)

Setakat 4 petang seramai 39% daripada 62,219 pengundi di DUN Balakong tunai kewajipan manakala DUN Seri Setia 41% daripada 50, 692 pengundi

-

BALAKONG: Semua pusat pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan Seri Setia ditutup secara rasmi jam 5.30 petang semalam.

PRK yang dijalankan serentak itu membabitka­n sebanyak 16 pusat pengundian dengan 128 saluran bagi PRK DUN Balakong manakala sebanyak 18 pusat pengundian dengan 115 saluran bagi PRK DUN Seri Setia.

Proses penjumlaha­n undi PRK DUN Balakong akan dilakukan di Dewan Utama Demesne Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi, manakala bagi DUN Seri Setia pula adalah di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Menurut Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) keputusan rasmi dijangka diumumkan seawal jam 9 malam dan selewat-lewatnya 10 malam tadi.

Menurut kenyataan Suruhanjay­a Pilihan Raya setakat 4 petang, sebanyak 39 peratus daripada 62,219 pengundi telah menunaikan tanggungja­wab mereka di DUN Balakong manakala di DUN Seri Setia pula sebanyak 41 peratus daripada 50, 692 pengundi.

Peratusan ini dilihat sebagai satu trend menurun, selepas hanya 49.4 peratus pengundi yang mengundi pada PRK Sungai Kandis yang menyaksika­n PKR yang diwakili Mohd Zawawi Ahmad Mughni mengalahka­n calon BN Datuk Lokman Noor Adam dengan majoriti 5,842 undi pada 4 Ogos lepas.

Pada Selasa lepas, sebanyak 90 peratus daripada 31 pengundi awal di DUN Balakong dan 77 peratus daripada 2,770 pengundi awal di DUN Seri Setia telah menunaikan tanggungja­wab mengundi di tiga pusat pengundian iaitu di Kuarters Balai Polis Seri Kembangan, Dewan Serbaguna Ababil Pangkalan Udara Subang dan Kompleks SMS PDRM, Shah Alam.

Pakatan Harapan ( PH) buat kali pertama menggunaka­n logonya pada PRK kali ini di Balakong dan begitu juga di Seri Setia, manakala MCA juga sejak penubuhann­ya menggunaka­n logo parti itu sendiri berbanding menggunaka­n logo dacing Barisan Nasional (BN) sejak pilihan raya diadakan di negara ini.

PRK Balakong diadakan berikutan kematian penyan- dangnya Eddie Ng Tien Chie dalam kemalangan jalan raya 20 Julai lepas, menyaksika­n persaingan pertembung­an satu lawan satu antara calon MCA Tan Chee Teong dan calon PH Wong Siew Ki.

PRK Seri Setia juga menyaksika­n pertembung­an satu lawan satu antara calon PH Halimey Abu Bakar dan calon PAS Dr Halimah Ali susulan kematian penyandang kerusi DUN berkenaan daripada PKR, Prof Dr Shaharuddi­n Badaruddin akibat kanser usus pada 2 Ogos lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEWAJIPAN: Hujan tidak menghalang pengundi-pengundi untuk menjalanka­n tanggungja­wab mereka bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri N.27 Balakong di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana semalam.
— Gambar Bernama KEWAJIPAN: Hujan tidak menghalang pengundi-pengundi untuk menjalanka­n tanggungja­wab mereka bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri N.27 Balakong di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia