Utusan Borneo (Sarawak)

Harapan Mancini tersasar dari landasan

-

BOLOGNA: Perlawanan kompetitif pertama Roberto Mancini selaku jurulatih Itali berakhir dengan keputusan seri 1-1 dengan Poland dalam Liga Negara-Negara. Pemain tengah Jorginho menyelamat­kan pasukan Azzurri daripada keaiban menerusi tendangan penalti pada separuh masa kedua untuk menyamakan kedudukan selepas Piotr Zielinski menjaringk­an gol pembukaan pada separuh masa pertama di Bologna kelmarin. Mancini, 58, dilantik selepas kegagalan pemenang empat kali itu yang mengejutka­n untuk layak ke Piala Dunia 2018 buat pertama kali sejak 1958. Bekas pengurus Manchester City itu mengakui mereka perlu berusaha dengan lebih gigih lagi. “Ia adalah perlawanan penting yang pertama, jadi beberapa kesilapan boleh berlaku, tetapi pada keseluruha­nnya para pemain bermain dengan baik,” kata Mancini. “Saya tahu ia pasti sukar. Mereka adalah pasukan yang mempunyai lebih banyak jaminan berbanding kami buat masa sekarang. “Namun pada separuh masa kedua, kami kurang membuat kesilapan teknikal dan saya gembira dengan 45 minit itu. Sebelum itu kami membuat banyak kesilapan, terlalu banyak.” Itali bergelut dalam semua posisi, dan Zielinski membuka jaringan untuk Poland lima minit sebelum waktu rehat yang disambut dengan siulan marah daripada penonton di Stadio Renato Dall’Ara. Federico Chiesa dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-71 untuk menggantik­an Lorenzo Insigne, dan apabila dia dijatuhkan di dalam kotak penalti beberapa minit kemudian, Jorginho yang dila- hirkan sebagai warga Brazil tampil untuk menewaskan Lukasz Fabianski.

Penyerang Mario Balotelli bermain selama sejam sebelum dikeluarka­n oleh Mancini bersama Insigne yang menerajui serangan awal Azzurri dengan Federico Bernardesc­hi.

Zielinski dan Robert Lewandowsk­i berada dalam barisan hadapan bagi pasukan Poland.

Mancini memberi peluang kepda pemain pertahanan kiri Fiorentina yang berusia 26 tahun Cristiano Biraghi untuk bermain mewakili negara buat pertama kalinya.

Namun Poland meningkatk­an tekanan dengan dua peluang awal untuk menjaringk­an gol.

Gianluigi Donnarumma – yang menjaga gol selepas persaraan ikon Itali Gianluigi Buffon – menyekat rembatan Zielinski dari jarak dekat pada minit keenam.

Penjaga gol AC Milan berusia 19 tahun itu merebahkan badan untuk menyelamat­kan cubaan Lewandowsk­i dari kelab Bayern Munich selepas 27 minit.

Pemain sayap Juventus, Bernardesc­hi, memperoleh­i peluang terbaik untuk meletakkan Itali di hadapan tetapi cubaannya menggegark­an tiang gol selepas 37 minit.

Namun tiga minit kemudian, kesilapan pertahanan oleh Jorginho, pemain tengah Chelsea, membuka peluang yang Poland perlukan.

Jorginho melepaskan bola kepada Lewandowsk­i yang menghantar bola lintang dari sebelah kiri kepada Zielinski untuk merembat voley kencang melepasi Donnarumma yang tidak dapat berbuat apa-apa.

Balotelli digantikan oleh penyerang Torino, Andrea Belotti, dan Chiesa dimasukkan sebagai pemain gantian dan segera memberi impak.

Anak bekas penyerang antarabang­sa, Enrico Chiesa, pemain berusia 20 tahun itu memaksa Fabianski bertindak cemerlang untuk menyelamat­kan gawang dan kemudian dijatuhkan oleh Bartosz Blaszczyko­wski untuk tendangan penalti.

Jorginho menyempurn­akan tendangan untuk menyamakan kedudukan dan menjaringk­an gol pertamanya bagi Itali.

Itali memburu gol kemenangan tetapi terpaksa ber- puas hati dengan satu mata sebelum mereka melakukan perjalanan ke Lisbon di mana mereka akan menentang pasukan Portugal yang bermain tanpa Cristiano Ronaldo.

“Saya gembira dengan prestasi pasukan dan kami nyaris mencatatka­n kemenangan,” kata Jerzy Brzeczek, yang mengambil alih tugas setelah Poland tersingkir pada peringkat kumpulan dalam Piala Dunia.

“Ia adalah satu mata penting di stadium yang sukar dan ia sayang sekali kerana kami tidak dapat menggunaka­n peluang kami dengan lebih baik.” — AFP

 ??  ?? DZYUBA
DZYUBA
 ?? — Gambar AFP ?? PENUH AKSI: Penyerang Poland, Lewandowsk­i (tengah) berebut bola dengan pemain pertahanan Itali pada aksi perlawanan Liga Negara-Negara UEFA di Stadium Renato Dall’Ara di Bologna.
— Gambar AFP PENUH AKSI: Penyerang Poland, Lewandowsk­i (tengah) berebut bola dengan pemain pertahanan Itali pada aksi perlawanan Liga Negara-Negara UEFA di Stadium Renato Dall’Ara di Bologna.
 ?? — Gambar Rueters ?? TERJAH JARING: Antara babak-babak aksi perlawanan Liga Negara-Negara UEFA di antara Turki dan Rusia di Medical Park Arena di Turki.
— Gambar Rueters TERJAH JARING: Antara babak-babak aksi perlawanan Liga Negara-Negara UEFA di antara Turki dan Rusia di Medical Park Arena di Turki.
 ??  ?? MANCINI
MANCINI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia