Utusan Borneo (Sarawak)

Lady Gaga tanggalkan mekap untuk watak filem pertama sebagai bintang utama

-

LADY Gaga, penyanyi pop yang jarang sekali dilihat tanpa rambut yang didandan dengan ketara dan solekan yang tebal, baru-baru ini berkata yang dia terpaksa melupakan semua itu dan tampil semula jadi untuk lakonan pertamanya sebagai watak utama dalam sebuah filem.

Gaga berlakon sebagai seorang gadis biasa yang mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang penyanyi terkenal dalam ‘A Star Is Born’, yang diarahkan oleh pelakon bersama Bradley Cooper.

“Dia mahu melihat saya tanpa apa-apa,” kata Gaga dalam satu sidang media sebelum tayangan perdana dunia filem itu di Festival Filem Venice.

“Saya berjalan turun tangga rumah saya sebelum kami memfilemka­n ‘screentest’ untuk ‘A Star Is Born’ dan di tangannya ada penanggal solekan dan dia meletakkan tangannya pada muka saya dan dia melakukan begini,” katanya, meniru cara Cooper menggosok mukanya.

“Terdapat mekap, hanya sedikit, dan katanya: ‘Saya mahu tiada mekap di wajah anda’. Maka kelemahan ini merupakan sesuatu yang dia keluarkan daripada saya.”

Dalam filem, karakter Gaga Ally diberitahu hidungnya terlalu besar dan akan menghalang dia mencapai satu kejayaan, sesuatu yang menurut penyanyi berumur 32 tahun itu benar-benar dia faham.

“Ketika saya baharu bermula, ketahuilah, saya bukan gadis yang paling cantik dalam bilik itu,” katanya, menambah bahawa kepercayaa­nnya dalam bakat penciptaan lagunya sendiri membenarka­n dia mara ke hadapan.

“Terdapat ramai wanita yang merupakan penyanyi tetapi tidak menulis muzik mereka sendiri. Ramai eksekutife­ksekutif rakaman mahu mengambil lagu-lagu saya dan memberi mereka kepada wanita lain untuk dinyanyika­n, dan saya seperti, memegang muzik saya dengan sepenuh hati mengatakan: ‘Anda tidak akan mengambil lagu-lagu saya daripada saya’.”

‘A Star Is Born’ ditayangka­n buat pertama kali di slot bukan pertanding­an di Festival Filem Venice yang berlangsun­g dari 29 Ogos hingga 8 September lepas. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? WATAK UTAMA: Lady Gaga dan Bradley Cooper (kiri) semasa satu sesi bergambar untuk filem ‘A Star is Born’ yang di luar pertanding­an sewaktu Festival Filem Antarabang­sa Venice ke-75 yang diadakan di Venice, Itali pada 31 Ogos lepas.
— Gambar Reuters WATAK UTAMA: Lady Gaga dan Bradley Cooper (kiri) semasa satu sesi bergambar untuk filem ‘A Star is Born’ yang di luar pertanding­an sewaktu Festival Filem Antarabang­sa Venice ke-75 yang diadakan di Venice, Itali pada 31 Ogos lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia