Utusan Borneo (Sarawak)

Artis Warner Music dalam siri jelajah Jimba Fest Tour mulai September ini

-

WARNER Music Malaysia (WMM) dengan kerjasama syarikat telekomuni­kasi Digi Telecommun­ications Sdn Bhd (Digi) melancarka­n siri jelajah Jimba Fest Tour yang bakal menggegark­an enam lokasi terpilih di seluruh Semenanjun­g Malaysia bermula September ini hingga November depan.

Jimba Fest Tour ini merupakan penjenamaa­n semula kepada siri jelajah kampus ‘IPT Tour’ yang dijayakan WMM sejak tahun 2012.

Penjenamaa­n semula nama siri jelajah kampus ini kepada nama yang lebih komersil dan mengikut trend sesuai dengan penggunaaa­n semasa istilah slanga ‘Jimba’ yang membawa maksud ‘berseronok atau bersuka ria’ di kalangan anak muda Malaysia.

Siri jelajah kampus yang sudah masuk tahun keenam ini merupakan suatu platform yang disediakan oleh WMM untuk membawa pengkarya seni muzik masuk ke kampus-kampus bagi mendekati demografi golongan pengguna muzik terbesar di Malaysia iaitu generasi belia.

Platform ini juga digunakan untuk memperkena­lkan artisartis baru di bawah naungan label WMM dan juga memberi peluang kepada para artis untuk mempromosi­kan karya terbaru mereka.

Selain daripada berhibur, siri jelajah ini turut memberi ruang kepada para artis untuk bertemu peminat dengan lebih dekat lagi.

Siri jelajah Jimba Fest Tour ini akan menampilka­n artis-artis berbakat di bawah naungan label WMM seperti Alif, Amir Hasan, Andi Bernadee, Awi Rafael, Aziz Harun, Kaka Azraff dan Wan Shahjuddin.

Selain itu, artis-artis terkenal seperti Nora Ariffin, Datin Alyah, Altimet dan Aizat Amdan akan turut memeriahka­n siri jelajah ini di lokasi-lokasi terpilih.

Sebagai permulaan, pada 16 September 2018 siri jelajah Jimba Fest Tour akan berlangsun­g di lokasi pertama iaitu di MesaMall, Nilai, Negeri Sembilan.

MesaMall merupakan satu-satunya lokasi luar kampus yang dipilih berikutan ianya menjadi pusat tumpuan pelajarpel­ajar dari institusi pengajian tinggi yang berdekatan, seperti Universiti Nilai (Nilai U), Universiti Antarabang­sa INTI (IIU), Universiti Antarabang­sa Manipal (MIU) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Selepas itu siri jelajah Jimba Fest Tour akan diteruskan ke Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Batu Pahat, Johor pada 20 Oktober 2018, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (26 Oktober 2018), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak (31 Oktober 2018), Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah (10 November 2018) dan Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Melaka (26 November 2018).

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai siri jelajah Jimba Fest Tour ini dan juga artis-artis di bawah naungan label WMM, anda boleh terus melayari laman sesawang rasmi Warner Music Malaysia di warnermusi­c.com.my.

 ??  ??
 ??  ?? ALTIMET
ALTIMET
 ??  ?? TURUT SERTA: Andi Bernadee (kanan) dan Aziz Harun antara artis berbakat di bawah naungan label WMM yang semakin mencipta nama dalam industri muzik tempatan akan turut serta dalam siri jelajah kali ini.
TURUT SERTA: Andi Bernadee (kanan) dan Aziz Harun antara artis berbakat di bawah naungan label WMM yang semakin mencipta nama dalam industri muzik tempatan akan turut serta dalam siri jelajah kali ini.
 ??  ?? AIZAT AMDAN
AIZAT AMDAN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia