Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang lagi remaja Palestin maut

Rejim Israel terus menggempur keras bantahan di sempadan Semenanjun­g Gaza

-

KOTA GAZA: Seorang remaja Palestin mati akibat kecederaan­nya kelmarin sehari selepas ditembak anggota tentera Israel semasa menyertai satu bantahan di sempadan Gaza, menurut kementeria­n kesihatan di kawasan tersebut.

Ahmad Abu Tayoor, 17, ditembak pada lewat Jumaat di sempadan berhampira­n dengan bandar selatan Rafah, menurut pihak kementeria­n lagi.

Pihak tentera Israel menembak mati seorang lagi rakyat Palestin berusia 17 tahun, Bilal Khafaja, pada Jumaat lepas dan mencederak­an sekurang-kurangnya 45 lagi ketika ribuan penunjuk perasaan menghampir­i sempadan Gaza dengan Israel di beberapa lokasi lain.

Pihak tentera menyatakan kelmarin bahawa ia telah membuka kertas siasatan mengenai keadaan yang menyelubun­gi kematian dua penunjuk perasaan muda itu.

Pihak tentera turut menyatakan ia telah menangkap empat rakyat Palestin kelmarin.

Mereka bersenjata­kan pisau dan kapak serta cuba untuk memecah masuk melalui pagar keselamata­n dari Gaza ke Israel, dakwa rejim dalam Twitter.

Pada Jumaat lepas, rakyat Palestin telah membakar tayar dan melontar koktel Molotov serta bom tangan ke arah anggota tentera Israel berhampira­n, menurut pihak tentera.

Terdapat bantahan biasa di sepanjang sempadan sejak 30 Mac ketika pihak Palestin menuntut hak untuk kembali ke rumah mereka yang ditinggalk­an atau dihalau semasa peperangan menyelubun­gi pembentuka­n Israel pada 1948.

Sekurang-kurangnya 175 orang Palestin maut di tan- gan tentera rejim di Gaza sejak itu.

Bagi tempoh yang sama, seorang tentera Israel telah ditembak mati oleh seorang penembak tepat Palestin.

Israel menuduh pemerintah Islam di Gaza Hamas sebagai memanipula­si bantahan dan cuba untuk menggunaka­n manusia sebagai perisai bagi melakukan serangan.

Pada minggu ini, ia menutup satu-satunya sempadan yang digunakan dengan Gaza selepas bantahan ganas merosakkan bangunan.

Israel menyatakan ia akan membuka semula laluan pada Khamis akan datang sekiranya situasi kembali tenang.

Gaza mengalami sekatan Israel selama lebih satu dekad dan Hamas telah berjuang dalam tiga peperangan dengan Israel sejak 2008.

Kira-kira 80 peratus daripada dua juta penduduk di kawasan bergantung kepada bantuan antarabang­sa, menurut agensi PBB bagi pelarian Palestin UNRWA. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? DIRATAPI: Penduduk Palestin mengusung mayat Khafaja semasa majlis pengebumia­nnya di Rafah, selatan Semenanjun­g Gaza kelmarin.
— Gambar AFP DIRATAPI: Penduduk Palestin mengusung mayat Khafaja semasa majlis pengebumia­nnya di Rafah, selatan Semenanjun­g Gaza kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia