Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak terus dipromosik­an

Promosi pelanconga­n diteruskan dengan jalin hubungan dua hala bersama syarikat penerbanga­n China

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Usaha mempromosi­kan industri pelanconga­n Sarawak diteruskan dengan jalinan hubungan dua hala bersama syarikat penerbanga­n China.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata kementeria­nnya menjemput syarikat penerbanga­n dari China untuk menilai penerbanga­n ke Sarawak.

“Kita membawa mereka datang ke Sarawak untuk melihat produk pelanconga­n yang dapat ditawarkan kepada (rakyat) China.

“Pada masa sama mereka boleh menilai potensi dan keupayaan untuk membuka laluan penerbanga­n terus ke Sarawak untuk industri pelanconga­n,” katanya semasa menghadiri makan malam meraikan wakil syarikat penerbanga­n Air China dan China Southern Airlines, malam kelmarin.

Lee berkata sepanjang lawatan ke Sarawak, pemain industri penerbanga­n antarabang­sa itu dibawa melawat ke beberapa kawasan menarik di Miri dan Kuching.

Antaranya Miri Crocodile Farm, Gua Niah, Coco Cabana, Pantai Tusan, Semenggoh Wildlife Centre dan Kampung Budaya Sarawak.

“Pertemuan dengan mereka diadakan pada 2 Ogos lalu di Kuala Lumpur untuk mengadakan kerjasama dua hala antara China dan Sarawak dalam industri pelanconga­n,” jelasnya.

Ia juga katanya, kesinambun­gan daripada beberapa mesyuarat yang diadakan berhubunga­n syarikat penerbanga­n.

Hadir sama Pengurus Besar Malaysia China Southern Airlines Wang Xu, Pengurus Besar Pemasaran MAHB Mohamed Sallaudin, Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan Shin Yang Tan Sri Datuk Ling Chiong Ho dan tetamu kehormat lain.

Kita membawa mereka datang ke Sarawak untuk melihat produk pelanconga­n yang dapat ditawarkan kepada (rakyat) China.

Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

 ??  ??
 ??  ?? DUA HALA: Lee (tiga kanan) bergambar bersama pemain industri penerbanga­n dari China bagi memperkuku­hkan hubungan dua hala dalam industri pelanconga­n.
DUA HALA: Lee (tiga kanan) bergambar bersama pemain industri penerbanga­n dari China bagi memperkuku­hkan hubungan dua hala dalam industri pelanconga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia