Utusan Borneo (Sarawak)

SEB berusaha stabilkan menara penghantar­an 132kV Tudan-Miri yang condong

-

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) mengambil pelbagai langkah yang perlu untuk menjamin dan menstabilk­an menara penghantar­an 132kV Tudan- Miri yang terletak di Jalan Miri Bypass, ekoran kerja pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.

Pasukan Transmisi SEB mendapati menara tersebut condong semasa melakukan pemeriksaa­n rutin rondaan pada Jumaat lepas dan mengarahka­n kontraktor Pan Borneo menghentik­an kerja berdekatan dengan menara itu dengan segera.

Penilaian awal menunjukka­n bahawa kegagalan pada asas menara itu adalah disebabkan bahan binaan berlebihan yang ditempatka­n berdekatan menara.

Adalah disyaki bahawa asas yang menyokong menara telah rosak dan menyebabka­n sistem sokongan menara itu condong.

Pihak SEB bersama Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) segera mencari juruukur untuk menjalanka­n penilaian terhadap bahagian asas menara dan keadaan tanah di sekitarnya.

Pada masa yang sama, pasukan teknikal SEB telah digerakkan ke tapak untuk memasang dawai sementara kerja menstabilk­an bahagian asas menara tersebut yang condong dijalankan.

Kerja tersebut telah bermula pada 8 September dan selesai semalam dengan pihaknya memasang kawat untuk kawasan sekitar menara itu.

Laluan Transit Lapan- gan Terbang Tudan- Miri merupakan poin penyuntik ke bahagian selatan Miri bagi Hospital Miri, Lambir, Luak, Taman Tunku dan Miri dan jika terjadi gangguan bekalan elektrik kawasan tersebut akan terjejas.

“Kami berterima kasih kerana penyelengg­araan segera telah dilakukan bagi memastikan menara itu selamat tanpa menjadi penyebab kepada sebarang kejadian yang enggan diingini berlaku.

“Pihak SEB turut membina sebuah asas baharu bagi menara tersebut agar tidak terdapat risiko berlakunya pengulanga­n kes,” kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan SEB Lu Yew Hung semalam.

“Untuk pemasangan menara baharu, kita perlu menutup laluan Lapangan Terbang Tudan-Miri selama tiga minggu,” katanya.

Tambahnya, walaupun pihaknya banyak mengadakan kempen kesedaran untuk memaklumka­n kepada kontraktor mengenai keperluan untuk mematuhi langkahlan­gkah keselamata­n ketika bekerja berdekatan dengan kemudahan dan infrastruk­tur elektrik.

Masih banyak kontraktor yang mengambil ringan dan mengabaika­n nasihat keselamata­n tersebut.

Terdapat kejadian di mana kontraktor masih merosakkan kabel walaupun selepas penerangan dan taklimat keselamata­n di tapak projek diadakan, ujarnya.

Berdasarka­n rekod SEB bagi tahun ini, terdapat kira-kira 10 kes kemudahan elektrik pihaknya yang rosak serta menyebabka­n gangguan kepada bekalan elektrik untuk para pengguna.

SEB tegasnya, mengambil serius perkara tersebut dan tidak akan teragak-agak menggunaka­n peruntukan di bawah Ordinan Elektrik yang membolehka­n pihaknya membawa kontraktor tersebut ke mahkamah.

 ??  ?? BERAT: Pemasangan blok konkrit sebagai mekanisme untuk menstabilk­an menara.
BERAT: Pemasangan blok konkrit sebagai mekanisme untuk menstabilk­an menara.
 ??  ?? CONDONG: Menara transmisi kuasa kelihatan condong.
CONDONG: Menara transmisi kuasa kelihatan condong.
 ??  ?? STABILKAN: Pemasangan wayar untuk menstabilk­an menara dan kerja dijalankan dengan penuh ciri-ciri keselamata­n.
STABILKAN: Pemasangan wayar untuk menstabilk­an menara dan kerja dijalankan dengan penuh ciri-ciri keselamata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia