Utusan Borneo (Sarawak)

Masing sokong pendirian Abang Johari pertahan hak Sarawak

-

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk mempertaha­nkan hak-hak Sarawak.

Malah menurut Masing, semua wakil rakyat Sarawak sama ada daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) juga harus memberi sokongan penuh mereka dalam mempertaha­nkan hak-hak Sarawak.

Jika tidak katanya, mereka (pemimpin dan wakil rakyat Sarawak) akan dianggap sebagai pengkhiana­t kepada kepentinga­n rakyat dan negeri mereka sendiri.

“Selama 55 tahun, kita telah diketepika­n, dibuli dan diabaikan. Sudah tiba masanya untuk kita melupakan masa lampau dan kesilapan kita.

“Marilah kita berdiri sebagai satu kerana kita mempunyai beberapa tahun ke depan untuk membuat perubahan terhadap kesilapan yang telah dibuat oleh pemimpin terdahulu kita,” ujar Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an.

Sokongan yang sama turut dinyatakan oleh Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Fatimah Abdullah.

Beliau yang juga Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak berkata akan menyokong penuh perjuangan Ketua Menteri.

“Kita dalam Pergerakan Wanita PBB mengadakan beberapa siri penerangan Ordinan Perlombong­an Minyak (OMO) 1958 dengan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali sebagai penceramah.

“Saya juga percaya GPS adalah platform terbaik untuk mendapatka­n kembali hak rakyat negeri ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam pada itu, Ketua Menteri ketika merasmikan Pesta Belawai di Sibu, Sabtu lepas bertegas akan terus mempertaha­nkan hak rakyat Sarawak meskipun menerima ancaman daripada pihak tertentu.

Menurut Ketua Menteri, beliau menerima ancaman daripada seorang pengguna Facebook yang mahu membunuhny­a.

Ancaman tersebut bagaimanap­un tidak mematahkan usaha Ketua Menteri untuk terus mempertaha­nkan hak-hak rakyat negeri ini.

Jelas Ketua Menteri, soal hidup dan mati adalah ditentukan oleh Tuhan dan beliau bersama rakanrakan pemimpin negeri yang lain akan terus berjuang demi Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia