Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita diseru berganding bahu dengan lelaki bangunkan Sarawak

-

SRI AMAN: Wanita diseru berganding bahu dengan lelaki untuk menyumbang kepada pembanguna­n Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri berkata, wanita hari ini membentuk sumber tenaga kerja yang besar dan mampu dimanfaatk­an menerusi program-program pembanguna­n.

“Kita tidak boleh lagi menganggap wanita hanya sesuai berada di dapur sahaja. Ini kerana ramai wanita hari ini berjaya menyandang jawatan penting dalam sektor kerajaan mahupun swasta.

“Ini membuktika­n bahawa wanita hari ini mampu bersama lelaki meningkatk­an taraf kehidupan keluarga mereka dan menyumbang tenaga dalam pembanguna­n negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Semarak Kemerdekaa­n anjuran Persekutua­n Perkumpula­n Wanita (PPWS) Sarawak di Bangunan PPWS Sri Aman di Jalan Kelab dekat sini semalam.

Bagaimanap­un, Simoi menggesa agar lebih ramai wanita melibatkan diri dalam pelbagai program pembanguna­n yang disusun kerajaan untuk memastikan kemampuan sumber manusia negara dimanfaatk­an sepenuhnya.

“Jangan menganggap hanya lelaki sahaja dapat membangunk­an negeri ini (tanpa penglibata­n wanita) kerana wanita hari ini mampu bergerak seiring dengan lelaki.

“Pembabitan golongan wanita masih amat diperlukan khususnya dalam sektor pendidikan dan ekonomi,” tegasnya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Pengerusi PPWS Daerah Sri Aman Seniah Julhi serta ahli PPWS yang lain.

Dalam pada itu, program berkenaan turut diserikan dengan pertanding­an lagu patriotik, pertanding­an gubahan bunga serta jualan produk tempatan oleh ahli PPWS Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia