Utusan Borneo (Sarawak)

Platform mempromosi­kan Sarawak ke mata dunia

Pertanding­an Akhir Miss World Malaysia 2018 mampu menarik lebih ramai pelancong melawat Sarawak

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Penganjura­n Pertanding­an Akhir Miss World Malaysia 2018 di Sarawak diharap dapat menjadi platform untuk mempromosi­kan Sarawak ke mata dunia.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini kerana Sarawak yang menjadi tuan rumah kepada pertanding­an itu kali ini dilihat mampu menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke sini.

“Apatah lagi pertanding­an ini juga memberi kelebihan untuk kita mempromosi­kan negeri ini sempena kempen Tahun Melawat Sarawak pada tahun depan.

“Maka itu, kita rasa amat bertuah kerana dapat membantu dan menjayakan pertanding­an yang amat berprestij ini di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pertanding­an Akhir Miss World Malaysia 2018 bertemakan ‘Beauty with a Purpose’ di Pusat Konvensyen Borneo Kuching ( BCCK) di sini malam kelmarin.

Majlis itu diserikan dengan kehadiran isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang.

Dalam pada itu, Karim berkata pemenang Miss World Malaysia 2018 bukan sahaja menjadi duta pelanconga­n untuk Malaysia tetapi turut menjadi duta untuk pelanconga­n Sarawak.

Beliau percaya melalui acara yang berprestij ini, pemenang Miss World Malaysia 2018 dapat membantu mempromosi­kan Sarawak ke persada dunia apabila mewakili Malaysia ke pertanding­an akhir

Apatah lagi pertanding­an ini juga memberi kelebihan untuk kita mempromosi­kan negeri ini sempena kempen Tahun Melawat Sarawak pada tahun depan. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

Miss World di Sanya, China pada 8 Disember tahun ini.

“Acara ini adalah acara dunia, berjuta penonton di dunia bakal menyaksika­nnya, saya berasa bangga Sarawak dipilih sebagai salah satu lokasi pilihan untuk penganjura­n acara berprestij ini,” katanya.

Pada majlis itu, tujuh badan amal di Sarawak menerima sumbangan masing-masing RM20,000 daripada pihak jawatankua­sa penganjur Miss World Malaysia 2018.

Badan amal atau pertubuhan kebajikan yang menerima sumbangan yang disampaika­n oleh Karim ialah Kompleks Kebajikan Laila Taib, Kuching Autistic Associatio­n, Persatuan Dialysis Cahaya Kuching, Sarawak Society For The Blind, Sarawak Society For The Deaf, Lions Nursing Home Kuching dan Sarawak Childrens Cancer Society.

Majlis Pertanding­an Akhir Miss Wold Malaysia 2018 dianjurkan Creative Teamlab dan disokong Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak.

 ??  ??
 ??  ?? KEBAJIKAN: Karim menyampaik­an sumbangan berupa replika cek bernilai RM20,000 kepada Kompleks Kebajikan Laila Taib pada Pertanding­an Akhir Miss World Malaysia 2018 di Kuching, malam kelmarin.
KEBAJIKAN: Karim menyampaik­an sumbangan berupa replika cek bernilai RM20,000 kepada Kompleks Kebajikan Laila Taib pada Pertanding­an Akhir Miss World Malaysia 2018 di Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia