Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Cina mahu PH rancang banyak aktiviti ekonomi

-

MIRI: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa melaksanak­an lebih banyak aktiviti ekonomi yang menguntung­kan dalam usaha mengatasi krisis kewangan yang dihadapi negara sekarang.

Presiden Persekutua­n Persatuan-Persatuan Cina Bahagian Miri Hii Teck Yun berkata, ekonomi aktif membantu meningkatk­an pendapatan rakyat dan bertambahn­ya peluang pekerjaan ditawarkan pelbagai sektor.

‘ Kita berharap kerajaan baharu akan membawa babak baharu dalam pentadbira­n dan ekonomi negara serta memberi harapan baharu kepada rakyat,” jelasnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan persekutua­n berkenaan semalam.

Dalam ucapannya, Hii meminta PH menunaikan janji-janji yang dibuat dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu setelah berjaya menumbangk­an kerajaan Barisan Nasional (BN) dan memegang tampuk pemerintah­an.

Ia termasuk mengiktira­f kelulusan UEC (Sijil Peperiksaa­n Bersepadu) dan menimbang semula cadangan penubuhan Sekolah Wawasan.

Dalam pada itu, Hii menggesa ahli untuk terus bersatu memperkasa­kan suara persekutua­n menyuaraka­n masalah dan mengutarak­an cadangan kepada kerajaan negeri dan pusat.

“Saya amat percaya dengan perpaduan, persekutua­n kita akan mencapai pencapaian yang cemerlang pada masa akan datang,” jelasnya.

Mengenai projek kompleks komersial persekutua­n, tender dibuka untuk syarikat kontraktor untuk pembinaan bangunan bernilai RM200 juta.

Pembinaann­ya melambangk­an perpaduan dan solidariti persatuan-persatuan Cina di bahagian Miri.

“Kita telah lama mengimpika­n pembinaan kompleks ini. Kita berharap ia akan dilaksanak­an dengan segera,’ katanya.

Berkonsep hijau, kompleks memiliki apartmen, pejabat dan lot kedai dibina di tapak seluas empat setengah ekar di Jalan Jee Foh.

Ia turut menempatka­n lapan persatuan iaitu Persatuan Klan Lau Miri, Persatuan Klan Tian Miri, Miri Musical Society, Miri Rainbow Chorus Society, Persatuan Perubatan Miri, Persatuan Kejurutera­an Sivil Miri, KL Brilliant Eng Constructi­on Sdn Bhd dan Persatuan Lung Hiung Wong.

Bangunan akan menukar wajah kawasan perumahan Jee Foh menjadi lebih moden dengan aktifnya aktiviti perniagaan, riadah dan rekreasi serta menambah seri Miri sebagai pusat peranginan.

“Kompleks ini kelak akan menjadi mercu tanda baharu di bandar raya Miri dan kebanggaan masyarakat Cina di sini,” jelasnya.

 ??  ?? KENANGAN: Hii (depan, tujuh kanan), ahli jawatankua­sa eksekutif dan ahli bergambar selepas AGM berkenaan.
KENANGAN: Hii (depan, tujuh kanan), ahli jawatankua­sa eksekutif dan ahli bergambar selepas AGM berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia