Utusan Borneo (Sarawak)

Usah terbawa-bawa dengan sentimen buruk kerajaan BN yang terbukti berjasa kepada rakyat

- Oleh Frankie Junau

ENGKILILI: Rakyat usah terbawa-bawa dengan sentimen memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang terbukti berjasa kepada rakyat Malaysia.

Budaya tidak menghargai, berterima kasih apatah lagi memperleke­hkan jasa dan pengorbana­n pihak yang banyak menabur bakti kepada kita bukan budaya masyarakat timur khususnya orangorang Sarawak yang terkenal dengan budi pekerti mulia, sopan santun dan menghormat­i orang lain tidak kira kawan atau lawan.

“Jangan seperti kacang lupakan kulit mahupun umpama hikayat Si Tanggang yang tidak berterima kasih kepada ibunya sendiri yang bersusah payah membesarka­n dirinya dan apabila sudah besar, berjaya dan kaya menjadi seorang yang bongkak dan sombong,” kata Dr Johnical Rayong Ngipa.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Engkilili itu berkata demikian semasa berucap pada Majlis Merarau di Rumah Apo, Pentik, Engkilili sempena tinjauan ke tapak rumah panjang baharu tersebut semalam.

Katanya, dalam pada kita bercakap tentang keburukan dan kelemahan pemerintah­an BN sebelum ini, jangan lupa segala jasa dan kebaikan yang telah dibuatnya selama 61 tahun memegang tampuk pemerintah­an negara.

“Kita tidak menghalang rakyat daripada membicarak­an tentang kebaikan dan kehebatan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini namun jangan melupai jasa dan kebaikan BN yang telah mentadbir negara selama 61 tahun,” katanya.

Bercakap lanjut, Dr Rayong turut menekankan bahawa setakat ini kerajaan pusat

Jangan seperti kacang lupakan kulit mahupun umpama hikayat Si Tanggang yang tidak berterima kasih kepada ibunya sendiri yang bersusah payah membesarka­n dirinya dan apabila sudah besar, berjaya dan kaya menjadi seorang

sombong. ” yang bongkak dan Dr Johnical Rayong Ngipa ADUN Engkilili

ditunjangi PH belum menampakka­n kejayaan yang boleh dibanggaka­n khususnya untuk orang Sarawak.

“Walaupun 100 hari sudah lama meninggalk­an kita namun apa yang diuar-uarkan oleh PH dalam manifeston­ya belum menampakka­n kejayaan apatah untuk dibanggaka­n.

“Kesannya belum nampak terutama bagi masyarakat luar bandar Sarawak yang cukup mengharapk­an satu keajaiban berlaku seperti penurunan harga barang, harga minyak RM1.50, penangguha­n bayaran PTPTN dan sebagainya,” katanya.

Sebaliknya katanya, satu demi satu perkara yang sangat dekat di hati masyarakat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bakal dimansuhka­n secara berperingk­at dengan alasan kononnya rasuah, janji royalti 20 peratus minyak diganti dengan bayaran keuntungan dan sebagainya.

Mengenai majlis tersebut, Dr Rayong berharap penghuni rumah panjang di Pentik bersabar dan mahu mereka memandang ke hadapan susulan rumah panjang lama terpaksa dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek Lebuh Raya Pan Borneo.

“Anda semua sudah berkorban harta benda dan nostalgia hilang bersama runtuhan rumah panjang lama...namun saya percaya legasi baharu akan wujud bersama rumah panjang yang akan dibina di lokasi baharu,” katanya.

“Dengan itu, saya meluluskan bantuan meratakan tapak baharu rumah panjang ini dengan nilai RM250,000 daripada peruntukan RTP saya,” katanya dan menambah bantuan bakal menyusul selepas rumah panjang mula dibina kelak.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat sentiasa berdiri teguh di belakang Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam menyampaik­an suara anak-anak Sarawak terutama berkaitan hak dalam MA63 serta bayaran royalti minyak sebanyak 20 peratus daripada kerajaan pusat.

“Jangan lupa bahawa kita bukan pembangkan­g sebaliknya sebuah kerajaan pemerintah hasil mandat kukuh rakyat Sarawak sebelum ini,” tegasnya.

Pada majlis sama, beliau mengumumka­n pemberian geran MRP kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Apo bernilai RM5,000 manakala Biro Wanita mendapat RM3,000.

Turut hadir Penghulu Nyambong Maweng, Penghulu Gerang Anchih, Penghulu Betuk Tubi, para kaunselor dan masyarakat sekitar DUN Engkilili.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia