Utusan Borneo (Sarawak)

Keharmonia­n, perpaduan rakyat pelbagai latar belakang dieratkan menerusi sukan

-

KUCHING: Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi berkata ketepikan perbezaan fahaman politik dalam sukan kerana ia adalah aktiviti bermanfaat untuk semua orang.

Beliau berkata, menerusi sukan keharmonia­n dan perpaduan rakyat pelbagai latar belakang sosial dapat dieratkan lagi.

“Sukan adalah untuk semua orang. Maka elemen perbezaan politik harus diketepika­n dalam penganjura­n aktivitakt­iviti sukan.

“Keharmonia­n dan perpaduan rakyat pelbagai kaum dapat diperkukuh­kan lagi menerusi sukan,” katanya ketika berucap merasmikan Kejohanan Badminton Piala Presiden Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Ke-8 kelmarin.

Nanta yang juga setiausaha agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata beliau tersentuh dengan penyertaan pelbagai etnik Dayak dalam kejohanan itu yang berlangsun­g di Pusat Sukan Sentosa dekat sini bermula Jumaat lepas dan dijadual melabuhkan tirai semalam.

Setiausaha Agung SDNU itu turut menyerahka­n geran kerajaan berjumlah RM10,000 kepada jawatankua­sa penganjur dan teknikal badminton SDNU bagi menganjurk­an edisi kesembilan kejohanan tersebut pada tahun depan.

Sementara itu, Naib Presiden SDNU Churchill Edward Drem yang mewakili pengerusi penganjur Datuk Paduka Anthony Nait Mani, berterima kasih kepada peserta kerana menyokong aktiviti-aktiviti tahunan SDNU seperti itu.

Sebanyak 17 pasukan lelaki bersaing merebut Piala Presiden SDNU dan hadiah wang tunai kali ini. Beberapa peserta datang dari luar Kuch- ing seperti Kapit.

Kejohanan itu turut menyaksika­n persaingan bagi kategori wanita dengan 14 pasukan mengambil bahagian merebut gelaran juara wanita beregu serta wang tunai.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Maurice Giri dan Presiden Kelab Badminton Kenyalang (KBK) Petrus Ngalih Tingi.

Majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang serta majlis makan malam akan diadakan di Awah Cafe, Pusat DBNA di sini, malam ini.

Dijangka beberapa wakil rakyat GPS akan menghadiri majlis tersebut.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Nanta (lima kiri) menyerahka­n cenderamat­a kepada salah satu pasukan yang menyertai Kejohanan Badminton Piala Presiden SDNU Ke-8. Turut kelihatan Maurice (dua kiri), Ngalih (tiga kiri) dan Churchill (lima kanan).
TERIMA KASIH: Nanta (lima kiri) menyerahka­n cenderamat­a kepada salah satu pasukan yang menyertai Kejohanan Badminton Piala Presiden SDNU Ke-8. Turut kelihatan Maurice (dua kiri), Ngalih (tiga kiri) dan Churchill (lima kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia