Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga rumah panjang di Linei Putih kini nikmati elektrik 24 jam

-

MARUDI: Penduduk di tiga rumah panjang di Linei Putih kini menarik nafas lega selepas rumah panjang mereka mempunyai bekalan elektrik 24 jam dengan siapnya projek tenaga solar RM7.8 juta di bawah Skim Bekalan Elektrik Alternatif Luar bandar Sarawak (SARES).

Rumah panjang berkenaan ialah Rumah Rok, Rumah Lajang dan Rumah Asong meliputi 128 pintu dan 809 penduduk.

Tuai Rumah Rok Anji, 61, ketika ditemui berkata, beliau amat berterima kasih kepada Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Kerajaan Sarawak dalam menyelesai­kan masalah ketiadaan bekalan elektrik yang dihadapi mereka selama ini.

“Dengan adanya kemudahan elektrik ini, ia akan memudahkan kehidupan harian kami kerana tidak perlu menanggung kos mahal berbanding penggunaan jana kuasa sebelum ini.

“Selain itu kami dapat menyimpan makanan dalam peti ais, menggunaka­n mesin basuh, kipas dan menonton televisyen bila-bila masa.

“Kemudahan elektrik 24 jam ini juga akan merancakka­n pembanguna­n di kawasan ini,” katanya ketika ditemui semasa Program Penyerahan Projek SARES Daerah Marudi di Rumah Rok, Marudi baru-baru ini.

Tuai Rumah Rok menambah, penduduk 16 pintu di rumah panjang berkenaan menanam kelapa sawit dan lada sebagai sumber pendapatan.

Tegasnya, kualiti hidup kampung meningkat begitu ketara dengan adanya bekalan elektrik 24 jam, sekali gus membantu penduduk kampung menambah sumber pendapatan.

Bagi Tuai Rumah Lajang Manggie, 64, projek SARES turut mengubah cara hidup penduduk 77 pintu rumah panjang di Sungai Linei Hilir itu.

“Sebelum projek ini, setiap pintu rumah panjang membelanja­kan kira-kira RM200 sebulan untuk membeli diesel bagi kegunaan generator.

“Namun kini kami gem- bira kerana dapat menikmati bekalan elektrik secara percuma,” katanya.

Bagi Tuai Rumah Asong Jaban,76, dari Rumah Asong di Sungai Tutoh, program SARES itu mengubah cara hidup penduduk di situ selama-lamanya.

“Sebelum ini, penduduk kampung terpaksa bergelap kerana kami terpaksa menjimatka­n bekalan tenaga menggunaka­n generator.

“Namun kini kami betulbetul lega kerana tidak lagi bergelap dan dapat melakukan aktiviti harian dengan lancar.

“Anak-anak sekolah dapat melakukan mengulang kaji manakala golongan wanita dapat melakukan kerja kreatif seperti menjahit, menenun dan membuat kraf tangan manik (pada waktu malam),” katanya.

Tuai Rumah Asong menambah, projek SARES ini menzahirka­n komitmen tinggi kerajaan untuk mentransfo­rmasi dan membangunk­an kemudahan asas di kawasan pedalaman.

 ??  ?? LAJANG
LAJANG
 ??  ?? ASONG
ASONG
 ??  ?? ROK ANJI
ROK ANJI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia