Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk bina mercu tanda Pantai Tusan

-

MIRI: Pelancong asing dan tempatan yang datang untuk melawat ke pantai Tusan, kira-kira sejam perjalanan dari bandar raya Miri, kini dapat melihat replika tebing pantainya yang terkenal kerana menyerupai kuda sedang minum air.

Lebih istimewa lagi replika setinggi empat hingga lima kaki ini dibina penduduk Kampung Terahad dan Kampung Angus di Bekenu, dua kampung berhampira­n pantai itu.

Replika tersebut dibina di tebing Pantai Tusan di mana pelawat biasa melihat pemandanga­n pinggir laut Tusan yang indah.

“Ini adalah satu lagi mercu tanda Pantai Tusan kerana pelawat boleh mengambil gambar batu menyerupai kuda sedang minum air, yang terletak di tebing pantai ini tanpa perlu pergi ke lokasi sebenarnya yang mengambil masa 20 hingga 25 minit berjalan kaki ke pinggir pantai sana,” jelas Nuisah Ahem yang ditemui di pantai berkenaan semalam.

Menurut Nuisah, dua penduduk kampung terbabit telah mengambil langkah berani untuk mencari cara bagi mempromosi­kan Pantai Tusan dengan membina replika tersebut.

Ia juga memudahkan pela- wat yang tidak berkesempa­tan pergi ke lokasi batu kuda tersebut bagi mendapatka­n gambar batu yang terkenal itu.

Beliau berkata, replika tersebut terletak di lokasi strategik yang memudahkan pengunjung datang ke pantai berkenaan dan dibina berhampira­n gerai-gerai di sini, sekali gus memberikan pemandanga­n lain yang menonjol dari pantai yang indah, terkenal dan menghadap Laut China Selatan itu.

Katanya, ramai pelawat kini dilihat mengambil gambar di replika berkenaan kerana laluan turun ke lokasi batu itu ketika ini amat berisiko disebabkan hakisan tanah.

“Pada masa ini, dua penduduk kampung terbabit sedang melakukan sentuhan terakhir mereka ke atas rekaan tersebut, sambil para pengunjung yang datang tidak melepaskan peluang merakam gambar mereka di hadapan replika itu,” katanya.

Sementara itu, penduduk kampung dari Kampung Angus, Bekenu Isa Nayan yang mengetuai pembinaan replika tersebut mendedahka­n, ia adalah projek beberapa penduduk kedua-dua kampung terbabit yang bertujuan menarik lebih ramai pelawat ke pantai berkenaan.

Isa mendedahka­n, beliau diberi tugas membina replika yang mengambil masa lebih satu bulan untuk disiapkan dan ketika ini sudah siap sekitar 90 peratus.

“Saya gembira membina replika ini dengan kemahiran dan reka bentuk mengikut acuan saya sendiri untuk memberikan satu lagi mercu tanda bagi pegunjung yang datang ke Pantai Tusan.”

“Selain saya, beberapa kawan turut datang membantu membina dan menyiapkan replika ini setiap hari dan hari ini rekaan ini semakin jelas serta akan siap sepenuhnya tidak lama lagi,” katanya sambil menambah, beberapa sentuhan terakhir akan dilakukan bagi melengkapk­an lagi arca tersebut.

Di samping itu, beliau berkata bagi peminat alam sekitar yang ingin menyumbang untuk membina lebih banyak tarikan di pantai berkenaan, boleh menghubung­i Pengerusi Jawatankua­sa Pantai Tusan Mansor Amin di talian 0111909 0442.

 ??  ?? TARIKAN BAHARU: Isa bersama seorang penduduk kampung merakam kenangan di hadapan replika tersebut yang bakal menjadi tarikan pengunjung.
TARIKAN BAHARU: Isa bersama seorang penduduk kampung merakam kenangan di hadapan replika tersebut yang bakal menjadi tarikan pengunjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia