Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera rampas barang seludup bernilai RM200,000

-

PASIR MAS: Batalion Ketiga Rejimen Sempadan ( RS) merampas pelbagai barangan keperluan bernilai RM200,000 yang cuba diseludup ke negeri ini melalui sempadan Malaysia-Thailand di sini.

Panglima Briged Kelapan Infantri Brig Jen Muhammad Huzaimi Sabri berkata rampasan tersebut diperoleh pihaknya bagi tempoh Ogos dan terkini pada awal pagi semalam hasil Ops Merpati dan Wawasan di kawasan sempadan.

“Antara barangan rampasan itu ialah beras, minyak masak, petrol, ayam beku dan juga ketum,” katanya kepada pemberita di Pos Tok O, Rantau Panjang di sini, semalam.

Muhammad Huzaimi berkata tiada tangkapan dibuat kerana penyeludup berjaya meloloskan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran anggota tentera di kawasan terbabit.

Beliau berkata dalam operasi sama, pihaknya menahan tiga pedatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang cuba menyeberan­gi Sungai Golok untuk masuk ke negeri ini.

“Aktiviti penyeludup­an di sepanjang sempadan di negeri ini sedikit meningkat terutamany­a pada musim perayaan berikutan barangan seludup mendapat pemintaan tinggi dari kalangan pengguna,” katanya.

Muhammad Huzaimi berkata bagi membantera­s aktiviti tersebut, anggota tentera melakukan rondaan 24 jam di kawasan sempadan.

Beliau berkata pihaknya juga sentiasa bekerjasam­a dengan masyarakat setempat supaya mereka dapat menyalurka­n maklumat berkaitan aktiviti penyeludup­an kepada pihak berkuasa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia