Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga penumpang maut dalam kemalangan bas dan treler

-

MUAR: Tiga penumpang sebuah bas ekspres maut setelah bas yang dinaiki mereka bergesel dengan sebuah traler di Kilometer 138, Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan berhampira­n Tol Pagoh di sini awal pagi semalam.

Tiga mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi semalam itu ialah dua wanita dikenali sebagai Lim Siew Kee, 61, dan Lai Moon Ching, 25, manakala seorang lagi penumpang lelaki yang maut masih belum dikenal pasti identitiny­a.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Zaharudin Rasip ber- kata, bas ekspres dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Singapura itu dipercayai bergesel dan merempuh bahagian tepi sebelah kanan treler terbabit menyebabka­n separuh daripada bahagian hadapan bas tersebut rosak teruk.

“Bas itu membawa 25 penumpang dan dua orang pemandu. Bagaimanap­un hanya 14 daripada mereka mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar dan Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat bagi mendapatka­n rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Beliau berkata tiga penumpang bas tercampak keluar dan seorang daripada mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi penumpang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya.

Zaharudin berkata pemandu bas berusia 54 tahun mengalami kecederaan ringan manakala pemandu treler berusia 28 tahun serta 10 lagi penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? REMUK: Keadaan bas ekspres yang rosak teruk selepas bergesel dengan sebuah traler dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar semalam.
— Gambar Bernama REMUK: Keadaan bas ekspres yang rosak teruk selepas bergesel dengan sebuah traler dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia