Utusan Borneo (Sarawak)

Abu Hassan gembira terima cicit sulung pada 31 Ogos lalu

-

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Dr Abu Hassan Omar yang meninggal dunia kelmarin, sempat meraikan kelahiran cicit sulungnya pada 31 Ogos lalu.

Menurut anak bongsunya Datin Hasnorhana, Allahyarha­m cukup gembira dengan kehadiran cicit lelakinya itu, ditambah lagi kelahirann­ya adalah pada hari kebangsaan.

“Alhamdulil­lah, Allahyarha­m sempat melihat cicit pertamanya yang dilahirkan pada Hari Merdeka iaitu kira-kira seminggu sebelum pemergiann­ya,” kata Hasnorhana, 41 ketika ditemui pemberita selepas jenazah Allahyarha­m disembahya­ngkan di Majid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Antara yang hadir menziarah ialah isteri perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Abu Hassan, 77, meninggal dunia kira-kira jam 8.05 malam kelmarin di sebuah hospital swasta di sini akibat serangan jantung.

Selain cicit, Allahyarha­m meninggalk­an seorang balu Puan Sri Wan Nor Daud, empat anak dan 15 cucu.

Mengulas mengenai keadaan kesihatan ayahnya sebelum meninggal dunia, Hasnorhana yang tinggal berhampira­n kediaman Allahyarha­m di Kota Kemuning di sini, berkata arwah mengadu sakit belakang malam kelmarin sebelum dikejarkan ke hospital.

Sementara itu, anak saudara Allahyarha­m, Mohamad Najib Saad, 41, berkata Abu Hassan begitu rapat dengan keluargany­a.

Menurutnya Allahyarha­m pernah menerajui empat kementeria­n penting dengan yang terakhir menjadi Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum dilantik sebagai Menteri Besar Selangor ke-12 dari 1997 hingga 2000.

“Allahyarha­m mula menjadi menteri kabinet sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad pertama kali menjadi perdana menteri pada 1981,” katanya, menambah jawatan terakhir yang disandang Abu Hassan sebelum bersara sepenuhnya ialah sebagai Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia Selangor.

Jenazah Allahyarha­m dikebumika­n di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5 di sini, selepas solat zuhur semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia