Utusan Borneo (Sarawak)

Festival Jazz mampu sumbang kepada pembanguna­n ekonomi kreatif Johor

-

ISKANDAR PUTERI: Festival Jazz Iskandar Puteri dilihat mampu menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi kreatif sekali gus mensejahte­rakan rakyat terutama di Johor.

Pengerusi Jawatankua­sa Penerangan, Pembanguna­n Keusahawan­an Koperasi dan Ekonomi Kreatif negeri, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata festival muzik itu, yang masuk tahun kedua penganjura­n, mempunyai nilai dan keunikan tersendiri sekali gus membolehka­n Johor menjadi tumpuan orang ramai dari seluruh negara.

“Ia ( festival jazz) mempunyai nilai tambah kepada Kerajaan Negeri dan kita juga sedang giat menerokai pembanguna­n ekonomi kreatif yang bertujuan memberi limpahan manfaat terutama kepada rakyat di sini.

“Kita juga berharap, mela- lui muzik, seni dan budaya dan festival seperti ini mampu membangunk­an ekosistem ekonomi kreatif dan bukan sahaja dibangunka­n menerusi kawasan tarikan ramai seperti di Puteri Harbour tetapi juga di bandar lain seperti Kluang, Segamat, Batu Pahat, Kota Tinggi dan Muar,” katanya pada majlis perasmian Festival Jazz Iskandar Puteri 2018, di Puteri Harbour, di sini, malam kelmarin.

Festival anjuran pemaju hartanah utama Iskandar Puteri (UEM Sunrise Bhd) itu, pada tahun ini menghimpun­kan kumpulan pemuzik jazz terkenal seperti Barry Likumahuwa dari Indonesia, Kayhan Kalhor, Iran, Orquesta Yambeque dari Australia.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sun- rise Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata pihaknya juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan persekitar­an yang menarik terutama berunsurka­n artistik dalam lingkungan Iskandar Puteri.

“Kita juga mahu pengunjung yang datang dari segenap lapisan masyarakat sama ada dari seluruh Malaysia mahupun luar negara menikmati persembaha­n muzik dan suasana di sini kerana mereka tidak dikenakan sebarang caj untuk melihat persembaha­n jazz ini,” kata beliau lagi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CURI PERHATIAN: Sheikh Umar ( kanan) melihat jualan barangan antik di gerai sempena perasmian Festival Jazz Iskandar Puteri 2018, di Puteri Harbour, semalam.
— Gambar Bernama CURI PERHATIAN: Sheikh Umar ( kanan) melihat jualan barangan antik di gerai sempena perasmian Festival Jazz Iskandar Puteri 2018, di Puteri Harbour, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia