Utusan Borneo (Sarawak)

Gaji minimum RM1,500 untuk kekal rakyat bekerja dalam negara

-

JOHOR BAHRU: Gaji minimum dicadang dinaikkan sehingga RM1,500 dengan kadar segera sebagai langkah untuk menggalakk­an lebih ramai rakyat kekal berkhidmat di negara ini serta mengurangk­an kebergantu­ngan kepada pekerja asing.

Pengerusi Jawatankua­sa Kepengguna­an, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Dr S Ramakrishn­an berkata, kenaikan gaji itu juga seiring dengan kos sara hidup yang semakin meningkat selain menjadi dorongan bagi menarik pekerja tempatan.

“Gaji minimum ini amat serius, kita mahu naikkan kepada RM1,500 tetapi kenaikan yang diumumkan RM1,050 yang nilainya kecil menyebabka­n pekerja tidak berpuas hati,” katanya kepada pemberita pada program Projek Mendaftar Anak Malaysia di Dewan Kuil Arulmigu Sri Rajamariam­man di sini, semalam.

“Tetapi memandangk­an keadaan negara ketika ini, tidak boleh juga untuk salahkan kerajaan namun gaji minimum tetap harus dinaikkan kerana ia boleh menyebabka­n pekerja tempatan tidak mahu bekerja,” tambah beliau lagi.

Ramakrishn­an berkata untuk mewujudkan pekerja yang berkemahir­an, kenaikan gaji juga menjadi pendorong seperti yang dilakukan negara jiran, yang mana kesannya dapat meningkatk­an kecekapan dalam sektor teknologi dan inovasi. — Bernama KUALA NERUS: Muktamar PAS ke-64 yang bakal berlangsun­g di Terengganu pada 15 hingga 16 September bakal menghimpun­kan lebih 1,200 perwakilan dari seluruh negara, kata Setiausaha Agung parti Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata muktamar tahun ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya kerana terdapat beberapa pembaharua­n seperti Konvensyen Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang akan bersidang buat pertama kali.

“Terengganu dipilih sebagai tuan rumah bagi meraikan kejayaan PAS menawan negeri itu pada Pilhan Raya Umum (PRU) Ke-14 lalu,” katanya pada sidang media semalam.

Beliau berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadual merasmikan muktamar dan menyampaik­an ucapan dasar di Stadium Tertutup Gong Badak pada pagi 15 September.

Takiyuddin berkata Muktamar Dewan Ulama PAS akan diadakan pada 13 September di Hotel Permai manakala Muktamar Dewan Pemuda PAS di Marina Duyong, Muktamar Dewan Muslimat PAS di Taman Tamadun Islam dan Konvensyen DHPP pada 14 Sept di Stadium Tertutup Gong Badak (STGB).

Dalam perkembang­an berkaitan, Takiyuddin berkata tidak timbul soal penggabung­an antara PAS dan UMNO hanya kerana parti pembangkan­g itu turut dijemput menghadiri muktamar tahunan PAS kali ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIBA: Osman bersalaman dengan tetamu yang hadir pada Program Hi Tea Bersama Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Johor di Dewan Sangkar Kristal, Taman Pelangi semalam.
— Gambar Bernama TIBA: Osman bersalaman dengan tetamu yang hadir pada Program Hi Tea Bersama Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Johor di Dewan Sangkar Kristal, Taman Pelangi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia