Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga murid wakili Tatau pada Pertanding­an ‘Sarawak Kids Got Talent’

-

BINTULU: Meskipun menduduki naib johan, tempat ketiga dan hadiah sagu hati namun, Sekolah Kebangsaan (SK) Tatau tetap berbangga dengan pencapaian muridmurid prasekolah yang berjaya mewakili daerah Tatau serta layak menyertai Pertanding­an ‘Sarawak Kids Got Talent’ di SMK Tun Abang Hj Openg Kuching pada 4 hingga 6 September.

Guru Besar Janudin Ab Rahman menyatakan kesyukuran dengan kedudukan yang diperolehi oleh muridmurid prasekolah SK Tatau itu meskipun tidak merangkul kejuaraan dengan saingan cukup sengit daripada beberapa sekolah lain di negeri ini.

“Tiga murid SK Tatau

Tiga murid SK Tatau mewakili daerah Tatau layak menyertai pertanding­an itu di Kuching selepas sesi saringan diadakan. Janudin Ab Rahman Guru Besar

mewakili daerah Tatau layak menyertai pertanding­an itu di Kuching selepas sesi saringan diadakan,” ujarnya di sini, baru-baru ini.

Janudin berkata, antara pencapaian yang diperolehi adalah menyaksika­n Justine Terry Jenny menduduki naib johan Pertanding­an Pengucapan Awam, Elovella Roselle Alexander meraih tempat ketiga nyanyian solo dan Meljasslyn Lajap Jalang menerima hadiah sagu hati juga dalam nyanyian solo dan ketiga-tiga murid itu adalah dari prasekolah Neptun SK Tatau.

Hadiah kepada pemenang telah disampaika­n oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pen- didikan Negeri Sarawak Abang Mat Ali Abang Masagus.

Pertanding­an itu bertujuan untuk mencungkil bakatbakat terpendam dalam pelbagai bidang untuk anak-anak prasekolah di Sarawak.

 ??  ?? SIMPOSIUM: Pelajar Curtin Malaysia menyertai lebih 1,000 deligasi dari lebih 80 negara pada USLS.
SIMPOSIUM: Pelajar Curtin Malaysia menyertai lebih 1,000 deligasi dari lebih 80 negara pada USLS.
 ??  ?? NAIB JOHAN: Justine yang meraih naib johan dalam pengucapan awam menerima hadiah daripada Abang Mat Ali (tengah).
NAIB JOHAN: Justine yang meraih naib johan dalam pengucapan awam menerima hadiah daripada Abang Mat Ali (tengah).
 ??  ?? KEBANGGAAN: Justine ( tengah), Elovella (kanan) dan Meljasslyn mewakili daerah Tatau pada Pertanding­an ‘Sarawak Kids Got Talent’ di Kuching, baru-baru ini.
KEBANGGAAN: Justine ( tengah), Elovella (kanan) dan Meljasslyn mewakili daerah Tatau pada Pertanding­an ‘Sarawak Kids Got Talent’ di Kuching, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia