Utusan Borneo (Sarawak)

USLS beri pengalaman berharga untuk empat pelajar Curtin

-

MIRI: Empat pelajar Universiti Curtin Malaysia menyifatka­n penyertaan Simposium Kepimpinan Ilmuan Universiti (USLS) kali kesembilan baru-baru ini di Pusat Persidanga­n PBB di Bangkok, Thailand sebagai pengalaman paling berharga.

Mereka ialah Regina Mbeu pelajar jurusan Kejurutera­an Kimia, Wan Ahmad Hakeemud-Deen Wan Asmadi (Kejurutera­an Mekanikal), Saad Rasul Qureshi (Kejurutera­an Kuasa Elektrik) dan Sakti Satesh (Pemasaran).

Dianjurkan Hal Ehwal Kemanusiaa­n United Kingdom (HAUK), ianya disertai 1000 perwakilan dari lebih 80 negara.

Berpusat di London, HAUK merupakan syarikat sosial yang memulakan dan menyokong usaha bantuan dan program bantuan kemanusiaa­n di negara-negara yang dilanda kemiskinan dan kerap bencana.

Antara objektif utama USLS ialah membentuk generasi muda menjadi pemimpin yang dapat membawa perubahan positif kepada masyarakat di seluruh dunia.

Penceramah motivasi dalam pelbagai bidang dijemput membincang­kan kepentinga­n disiplin, penguasaan diri dan tanggungja­wab diri dijadikan visi kepada peserta untuk berusaha mencapai cita-cita dan matlamat.

Antaranya, Geraldine Cox iaitu pengasas Sunrise Cambodia yang merupakan organisasi pembanguna­n masyarakat mampan menyokong kanak-kanak dan komuniti berisiko di Kemboja.

Turut dijemput ialah David Begbie dari Yayasan Crossroads yang merupakan badan amal di Hong Kong yang memiliki jaringan sumber bantuan dan mereka yang memerlukan bantuan.

Regina dari Kenya berkata peserta diajar kepentinga­n melaksanak­an matlamat pembanguna­n lestari PBB dalam menghadapi pemodenan pe- sat serta menghargai peluang berinterak­si dengan peserta.

“Peluang terlibat dalam perbincang­an panel dengan wakil dari agensi seperti Badan Pelarian PBB (UNHCR), Program Alam Sekitar PBB (UNEP) dan Badan Kesetaraan Gender dan Pemerkasaa­n Wanita PBB telah meningkatk­an pengetahua­n saya.

Kita diajar tentang tugas agensi-agensi ini, terutamany­a peluang unik yang mereka tawarkan untuk golongan muda di seluruh dunia,” jelas Regina.

Wan Ahmad dari Malaysia berkata, beliau dikeliling­i golongan muda yang bersemanga­t yang tidak kedekut berkongsi idea dan matlamat untuk membentuk dunia yang lebih baik.

Peserta turut melakukan projek mendekati masyarakat di sekitar Bangkok menerusi aktiviti dikenali ‘ Service Learning Day’.

“Saya memilih untuk menyertai 100 peserta lain dalam aktiviti membersihk­an sungai dengan mengutip bunga hyacinths menggunaka­n kayak.

Sebanyak 14 tan hyacinths berjaya dikumpul dan dihantar ke pusat pengomposa­n untuk dijadikan baja digunakan oleh peladang tempatan, ‘ jelas Wan Ahmad.

Saad dari Pakistan kagum dengan semangat ditunjukka­n penceramah yang memegang jawatan tinggi dan hidup mewah, mendedikas­ikan hidup mereka untuk membantu masyarakat khasnya golongan memerlukan.

Sakti dari Malaysia berkata beliau tertarik dengan cara penyampaia­n Perunding Perniagaan dari Filipina, Francis Kong dalam menyampaik­an ceramahnya

Kejayaan Kong sebagai ahli perniagaan telah memberi inspirasi kepada Sakti untuk meningkatk­an keyakinan diri dalam mengejar kejayaan.

Sehingga kini, lebih 7000 pemimpin muda dari lebih 100 negara pernah mengambil bahagian dalam simposium ini yang dianjurkan di negara membangun di rantau Asia Pasifik.

Ini merupakan penyertaan kali keenam Curtin melibatkan 17 pelajar ke USLS yang ditaja Department of University Life bawah program mobiliti pelajar memfokus tentang kepimpinan pelajar, penglibata­n komuniti dan pembanguna­n keusahawan­an sosial.

 ??  ?? PENGALAMAN BERHARGA: (Dari kiri) Regina, Saad, Wan Ahmad dan Sakti Satesh menyertai USLS kali kesembilan di Bangkok, Thailand baru-baru ini.
PENGALAMAN BERHARGA: (Dari kiri) Regina, Saad, Wan Ahmad dan Sakti Satesh menyertai USLS kali kesembilan di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia