Utusan Borneo (Sarawak)

57 ikuti khemah Skim Lencana Pengakap Laut

-

MIRI: Perkhemaha­n Skim Lencana Pengakap Laut peringkat daerah Miri telah diadakan di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri pada 30 Ogos hingga 1 September lalu.

Aktiviti anjuran Kumpulan Satu Pengakap Laut Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang itu disertai 57 pelajar dari SM Sains, SMK Taman Tunku dan SMK Baru dan Kolej.

Turut mengambil bahagian membantu menjayakan ialah Jabatan Laut Sarawak, Pejabat Daerah Maritim Miri dan Penolong Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negeri (Laut) Skipper Ikhwan Abdul Wahab.

Ia bermatlama­t mendedah, menerap dan memupuk minat pengakap muda laut kepada ilmu kelautan dan maritim yang pelbagai serta luas terutama dalam hal keselamata­n, komunikasi, pengenalan organisasi marin, kecekapan navigasi, menganalis­is laporan cuaca, pencemaran laut dan cekap dalam pelayaran di laut.

Di samping itu, pelajar juga dianugerah­kan Lencana Ahli Bot setelah mengambil bahagian dalam perkhemaha­n ini.

Peserta terlibat dalam aktiviti malam ambang merdeka di Dewan Perdana sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n, didedahkan tentang sejarah Pengakap Laut Sedunia, carta nautika, meteorolog­i, sea survival di kolam renang kelab Beach Republic, malam kebudayaan serta mempelajar­i kemahiran ikatan dan simpulan.

Pengetua Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Hasimah Abg Zen mengucapka­n tahniah kepada para peserta yang telah berjaya mengikuti perkhemaha­n dan memperoleh Lencana Ahli Bot.

Beliau berharap peserta akan memanfaatk­an ilmu dan kemahiran khasnya ketika berdepan kecemasan.

 ??  ?? TIMBA ILMU: Peserta bergambar kenangan dengan penganjur selepas tamat perkhemaha­n.
TIMBA ILMU: Peserta bergambar kenangan dengan penganjur selepas tamat perkhemaha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia