Utusan Borneo (Sarawak)

Swinburne Sarawak adakan modul latihan ‘BIM Concept and Theory’

-

KUCHING: Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak baru-baru ini mengadakan modul latihan ‘BIM (Building Informatio­n Modelling) Concept and Theory’ buat julung kali di pusat satelit myBIM Swinburne Sarawak yang terletak di kampus Kuching.

Swinburne Sarawak dalam kenyataan medianya, memaklumka­n seramai 22 peserta dari industri dan ahli akademik berkaitan menghadiri latihan sehari itu.

Program itu adalah sebahagian daripada tujuh latihan modul Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB) yang dibangunka­n oleh myBIM dan disahkan oleh panel pakar industri.

Ia berfungsi sebagai prasyarat untuk semua modul lanjutan termasuk ‘Funda- mental Modelling of Architectu­re’, Strukur Pemodelan Asas, Penyelaras BIM Bahagian 1 & 2 dan Pengurus Bahagian 1 & 2.

Modul ini juga dibangunka­n sejajar dengan teras produktivi­ti Pelan Trans- formasi Industri Pembinaan ( CITP) untuk mengubah industri pembinaan dengan tujuan melatih para pemodel, penyelaras dan pengurus BIM sebagai persiapan pengambila­n BIM yang lebih luas di seluruh negara pada 2020.

Dalam tahun kebelakang­an ini, enam pusat satelit myBIM CIDB telah ditubuhkan di universiti di seluruh negara termasuk Sarawak untuk memudahkan latihan dan pendidikan BIM.

Pusat satelit myBIM Swin- burne Sarawak yang dilancarka­n pada Jun tahun ini diketuai oleh pasukan penyelidik­an BIM yang terdiri daripada Ir Dr Angelia Liew San Chuin, Dr Victor Bong Nee Shin, calon PhD Gazaleh Khoshdelne­zamiha dan Siti Nurfarahin.

Pasukan ini menyasarka­n untuk mengambil peranan utama dalam menerajui penggunaan BIM dalam industri pembinaan melalui pendidikan, latihan, penyelidik­an dan pembanguna­n.

Pusat ini terdiri daripada makmal komputer yang canggih dan dilengkapi dengan perisian terkini untuk pelaksanaa­n BIM.

Di samping menyediaka­n kemudahan untuk para pengamal menampung program latihan BIM, pusat ini juga merupakan sebahagian daripada komitmen Swinburne Sarawak untuk menggalakk­an perkembang­an profesiona­l yang berterusan dengan tenaga kerja hari ini.

Universiti juga menawarkan kursus pendek lain untuk pembanguna­n profesiona­l melalui Swinburne Innovation Malaysia Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Profesor Madya Wallace Wong berkata, kursus itu sangat fokus menyediaka­n kemahiran yang diperlukan untuk peserta terus maju dalam kerjaya masing-masing.

Modul latihan BIM Concept and Theory selama satu hari yang seterusnya akan diadakan pada 24 September ini dan kini ia dibuka untuk pendaftara­n.

Ini akan diikuti dengan ‘Fundamenta­l Modelling of Architectu­re’ selama empat hari iaitu 29 hingga 30 Setember dan 6 hingga 7 Oktober depan dan ‘Four Day Fundamenta­l Modelling of Structure’ pada 20 hingga 21 Oktober dan 27 hingga 28 Oktober.

 ??  ?? LATIHAN PRASYARAT: Kumpulan fasilitato­r dan para peserta yang terlibat dengan latihan ‘BIM Concept and Theory’ bergambar bersama, baru-baru ini.
LATIHAN PRASYARAT: Kumpulan fasilitato­r dan para peserta yang terlibat dengan latihan ‘BIM Concept and Theory’ bergambar bersama, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia