Utusan Borneo (Sarawak)

Hospital Miri adakan sesi latihan hadapi bencana

-

KUCHING: Hospital Miri telah mengadakan sesi latihan (drill) untuk kejadian bencana luar, baru-baru ini.

Menurut kenyataan akhbar baru-baru ini, ia bertujuan menguji tahap kesediaan anggota dan fasiliti untuk berhadapan dengan bencana semula jadi, bencana disebabkan aktiviti manusia atau gabungan kedua-duanya.

Senario latihan pada kali adalah kejadian bencana bangunan runtuh.

Lokasi latihan adalah di dalam lingkungan kawasan Hospital Miri dan bangunan asrama jururawat.

Bagi tujuan sesi latihan itu, Hospital Miri telah menyediaka­n 12 mangsa di mana seorang mangsa terkorban di tempat kejadian.

Pasukan petugas melaksanak­an latihan mengeluark­an mangsa dari tapak kejadian untuk pemindahan baki 11 mangsa lagi ke Jabatan Kecemasan.

Pasukan perubatan di bawah Pelan Tindakan Kod 99 telah melaksanak­an pengurusan mangsa dan mengelaska­n mangsa untuk penempatan ke wad untuk pengurusan seterusnya.

Terdapat tiga mangsa dimasukkan ke wad ICU, seorang mangsa ke wad NICU (bayi), seorang mangsa ke wad bersalin, empat mangsa ke wad bencana dan dua mangsa lagi hanya menjalani rawatan pesakit luar di Green Zone dan telah discaj.

Berbeza dengan sesi latihan sebelumnya, kali ini ia telah menetapkan pergerakan mangsa dari Pusat Trial di Jabatan Kecemasan sehingga ke wad bencana dan wad-wad lain mengikut jenis kecederaan mangsa-mangsa yang terlibat.

Ia membolehka­n Pasukan Pengurusan Bencana Hospital Miri menilai keberkesan­an pelan tindakan di setiap peringkat pengurusan bencana serta pergerakan mangsa dari tapak bencana sehingga ke wad adalah terkawal.

Sesi latihan pada kali ini hanya melibatkan jabatan dan unit dalaman Hospital Miri sahaja dengan penglibata­n pasukan pemerhati dari Pejabat Kesihatan Bahagian Miri.

Sesi latihan secara keseluruha­nnya telah mencapai objektif yang ditetapkan.

Pengurusan Hospital Miri akan membuat bedah siasat untuk sesi tersebut dan akan melaksanak­an sebarang penambahba­ikan dari seluruh aspek bagi memperkema­skan pelan tindakan bencana yang sedia ada.

Pengurusan hospital akan meneruskan sesi latihan seumpama itu pada masa akan datang untuk memastikan Hospital Miri mempunyai pasukan dan sistem pengurusan bencana luar yang mempunyai kesiapsiag­aan tinggi dan terlatih bagi menghadapi bencana sebenar.

 ??  ?? KENANGAN: Peserta kelas belajar membuat pakaian tradisiona­l Orang Ulu anjuran ASADIA merakamkan gambar bersama. Turut kelihatan Mabong (berdiri lima kiri).
KENANGAN: Peserta kelas belajar membuat pakaian tradisiona­l Orang Ulu anjuran ASADIA merakamkan gambar bersama. Turut kelihatan Mabong (berdiri lima kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia