Utusan Borneo (Sarawak)

ASADIA anjur kelas membuat pakaian tradisiona­l wanita Orang Ulu

-

Menurut Pengarah CIDB Negeri Sarawak Mohd Merzan Hashim, operasi bersepadu berkenaan merupakan operasi yang ketiga diadakan di Sarawak untuk tahun ini di mana sebelum itu operasi yang sama telah dijalankan di Miri dan Bintulu.

”Operasi bersepadu ini dijalankan untuk mewujudkan kerjasama antara jabatan atau agensi yang menguatkua­sakan peraturan atau undangunda­ng masing-masing di tapak binaan supaya kerja menjadi lebih mudah dan efektif.

“Hasil penguatkua­saan bersama agensi lain juga akan menjadi lebih efektif kerana sekiranya penguatkua­saan dilakukan oleh pihak CIDB sahaja, pihak CIDB hanya boleh memeriksa peraturan- peraturan di bawah bidang kuasa Akta 520 CIDB Pindaan 2011 sahaja.

“Fokus penguatkua­saan kita kali ini lebih menjurus kepada akreditasi pekerja mahir serta bahan binaan.

“Untuk penguatkua­saan akreditasi pekerja mahir, CIDB hendak memastikan setiap pekerja yang melaksanak­an tred seperti dalam Jadual 3, Akta 520 CIDB Pindaan 2011, perlu diakredit. Adalah satu kesalahan sekiranya pekerja binaan melaksanak­an kerja tred tersebut tanpa akreditasi dan majikan boleh didenda maksima RM5,000 bagi seorang pekerja seperti yang diperuntuk­kan dalam seksyen 33A(6), Akta 520 CIDB Pindaan 2011.

“Bagi penguatkua­saan bahan binaan pula, semua bahan binaan yang disenarai dalam Jadual 4, Akta 520 CIDB Pindaan 2011 perlu mempunyai perakuan Pema- tuhan Standard (PPS).

“Ini bertujuan untuk menjamin kualiti bahan binaan yang digunakan dalam kerja pembinaan. Kesalahan di bawah peruntukan ini dalam Akta 520 CIDB Pindaan 2011, pihak yang berurusan boleh didenda RM500,000 maksimum,” katanya menerusi kenyataan akhbar baru-baru ini.

Tambah beliau, selain fokus kepada dua skop tersebut, pihak CIDB juga memeriksa sama ada kontraktor yang menjalanka­n kerja di tapak bina tersebut telah mengisytih­ar projek mereka dan mempunyai perakuan CIDB yang sah.

Operasi yang bermula jam 9.30 pagi itu melibatkan seramai 57 anggota daripada pelbagai agensi termasuk penguat kuasa CIDB.

Sebanyak lapan notis pelbagai kesalahan telah dikeluarka­n dalam operasi tersebut.

Pihaknya telah mengesan lebih kurang separuh daripada pekerja di tapak pembinaan tidak memiliki Pendaftara­n Personel Binaan atau dikenali sebagai kad hijau dan perakuan pekerja mahir daripada CIDB.

Dua kontraktor juga telah dikenakan tindakan kerana menjalanka­n kerja melebihi gred berdaftar dan satu kontraktor telah dikenakan kompaun kerana tidak mempunyai perakuan pendaftara­n CIDB yang sah.

Semua kes tersebut akan dirujuk kepada tatatertib untuk tindakan selanjutny­a.

“Secara keseluruha­n, operasi yang dijalankan pada kali ini berjalan dengan lancar,” katanya.

Tambahnya lagi, jabatanjab­atan lain yang turut serta dalam operasi bersepadu itu juga telah mengeluark­an beberapa notis kesalahan dan kompaun mengikut bidang tugas dan kuasa mereka. KUCHING: Akademi Persatuan Dayak Iban Sarawak (ASADIA) memperluas­kan lagi program kebudayaan­nya dengan menganjurk­an kelas membuat pakaian tradisiona­l wanita Orang Ulu.

Kelas julung kalinya tersebut merupakan sebahagian daripada usaha ASADIA memelihara dan memartabat­kan seni warisan budaya masyarakat Dayak di negeri ini.

Menurut Ketua ASADIA Mabong Unggang, seramai 19 orang peserta menyertai kelas ini yang berlangsun­g di Ibu Pejabat SADIA di Kota Sentosa dekat sini.

Selain memelihara seni pembuatan pakaian tradisiona­l Orang Ulu, kelas ini turut bertujuan untuk mengasah kemahiran masyarakat Dayak terutama golongan wanita dalam pembuatan pakaian ini.

Dengan adanya kemahiran dalam pembuatan pakaian ini, Mabong percaya ia akan dapat membuka peluang kepada masyarakat untuk menjana pendapatan daripada pembuatan pakaian tradisiona­l.

“Pakaian tradisiona­l seperti Orang Ulu ini bukan sahaja digayakan oleh Orang Ulu malah turut diminati oleh masyarakat yang lain.

“Sebab itu ASADIA menganjurk­an kelas ini untuk melatih lebih ramai masyarakat kita dalam pembuatan pakaian tradisiona­l ini yang semakin luas digayakan oleh wanita- wanita kita,” katanya.

Dalam pada itu, ASADIA turut merancang untuk menganjurk­an kelas belajar membuat pakaian tradisiona­l Bidayuh pada masa akan datang.

Mereka yang berminat dengan program kebudayaan anjuran ASADIA boleh hubungi Mabong di talian 012-6926652.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia