Utusan Borneo (Sarawak)

PKR amal prinsip terbuka, kata Rafizi

-

KUALA TERENGGANU: PKR mengamalka­n prinsip terbuka dalam semua aspek sejak penubuhann­ya 20 tahun lepas, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Beliau berkata parti itu sentiasa berterus terang dengan anggotanya terhadap semua perkara bagi mengelak berlaku ‘barah’ yang boleh menghancur­kan parti.

“Parti Keadilan berhujah dan beritahu terus semua perkara kepada ahlinya. Kalau tak cakap terus, ahli tidak akan tahu cerita sebenar.

“Proses pemilihan pun semua 900,000 ahli akan mengundi.

Menang kalah memang akan ada, tetapi tidak ada parti serpihan kerana mas- ing-masing akan tetap bantu perkukuh parti selepas itu,” katanya ketika berucap pada Majlis #Reformasi 20 tahun di FELDA Residence, di sini malam kelmarin.

Kira-kira 300 ahli PKR Terengganu hadir ke majlis yang merupakan lokasi ke lima penganjura­n yang turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh yang juga calon Ketua Wanita PKR.

Rafizi berkata budaya dalam parti itu berbeza dengan parti lain seperti UMNO dan PAS yang tidak berani menegur secara terbuka.

Katanya PKR berjaya kekal teguh sejak penubuhann­ya kerana berupaya mengkritik secara terbuka dan melaksanak­an proses demokrasi dengan berkesan.

Justeru, katanya prinsip itu perlu dikekalkan jika PKR tidak mahu menerima nasib yang sama dengan PAS yang melahirkan parti serpihan, AMANAH dan UMNO yang melahirkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( BERSATU).

Rafizi yang merupakan calon timbalan presiden PKR akan berdepan dengan penyandang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan ADUN Bukit Antarabang­sa pada pemilihan parti yang akan berlangsun­g selama sembilan minggu bermula bulan ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia