Utusan Borneo (Sarawak)

Buku dengan kisah di sebalik skandal 1MDB dilancar

-

PETALING JAYA: Buku ‘The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Expose’ yang menceritak­an kisah di sebalik siasatan skandal 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) oleh pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dilancarka­n secara rasmi semalam.

Buku setebal 528 halaman itu mengandung­i butir-butir mengenai daya usaha Rewcastle Brown dalam mendapatka­n maklumat mengenai syarikat pembanguna­n strategik Malaysia itu hingga terpaksa berdepan dengan kempen meluas oleh pihak- pihak tertentu menentang beliau dan laman sesawangny­a.

“Beberapa pihak dibayar untuk memburuk-burukkan saya, sambil berpura-pura menjadi aktivis. Tetapi kami terpaksa menjalanka­n kerja dalam keadaan terpencil kerana bimbang.

“Namun saya rasa bertanggun­gjawab melaporkan berbagai-bagai skandal rasuah, dari pemusnahan hutan Sarawak hingga 1MDB, ekoran undang-undang yang menyekat wartawan media arus perdana (di negara ini),” kata beliau pada pelancaran buku itu di sebuah hotel di sini.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada Ahli Parlimen Damansara Tony Pua kerana sedia menjadi ‘konspirato­r bersama dan kolaborato­r’ dan banyak membantu beliau semasa melakukan siasatan dan melaporkan skandal itu.

Rewcastle Brown, 58, kelahiran Sarawak berkata walaupun buku itu memfokus kepada 1MDB dan Malaysia, ia juga membawa mesej kepada penduduk di serata dunia tentang perlunya melaksanak­an undang-undang dan peraturan untuk berlindung daripada penjenayah yang punya hubungan dengan orang yang berkuasa.

Sementara itu, Pua yang hadir pada majlis pelancaran itu berkata wartawan muda di negara ini hendaklah belajar daripada perjuangan dan komitmen Rewcastle Brown dalam melakukan sesuatu yang membantu membawa perubahan kepada negara ini.

“Mungkin pada masa depan mereka boleh lakukan sesuatu seperti dilakukan oleh Clare dan melakukan perubahan di Malaysia,” kata beliau.

Skandal 1MDB yang dianggap oleh kebanyakan orang sebagai salah satu sebab yang menamatkan pemerintah­an Barisan Nasional selama 61 tahun, sekali gus pentadbira­n bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei tahun ini.

Rewcastle Brown telah memainkan peranan penting dalam mendedahka­n fakta di sebalik skandal 1MDB, termasuk membongkar identiti lelaki utama di sebalik skandal berkenaan, Jho Low dalam siasatan yang memakan masa beberapa tahun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Tony (kanan), penulis Buku ‘The Sarawak Report: The Inside Story of 1MDB Expose’ Clare Rewcastle Brown (empat, kiri) serta yang lain bergambar dengan buku tersebut pada majlis pelancaran di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Tony (kanan), penulis Buku ‘The Sarawak Report: The Inside Story of 1MDB Expose’ Clare Rewcastle Brown (empat, kiri) serta yang lain bergambar dengan buku tersebut pada majlis pelancaran di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAUAN MESRA: Wong (tengah) berswafoto dengan para penduduk ketika tinjauan mesra di Kampung Baharu Batu 11, Cheras, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TINJAUAN MESRA: Wong (tengah) berswafoto dengan para penduduk ketika tinjauan mesra di Kampung Baharu Batu 11, Cheras, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia