Utusan Borneo (Sarawak)

England harus mengekalka­n pelan sedia ada: Southgate

-

LONDON: Jurulatih England, Gareth Southgate berkata beliau ‘akan mengekalka­n perancanga­n’ walaupun melihat pasukannya tewas 1-2 kepada Sepanyol pada perlawanan pembukaan Liga Negara UEFA ( UNL) di Wembley Sabtu lepas.

Dengan gelombang ceria ekoran kejayaan England melangkah ke separuh akhir Piala Dunia, anak buah Southgate kini sudah tewas tiga perlawanan berturut-turut, kali pertama ia berlaku sejak 1988.

Selepas tewas kepada Croatia di separuh akhir dan kepada Belgium pada penentuan tempat ketiga di Piala Dunia 2018, kekalahan kepada Sepanyol Sabtu lepas memberikan lebih banyak perdebatan di mana England kasih ketinggala­n di belakang pasukan-pasukan terbaik dunia.

Walaupun membuka jaringan pada awal permainan menerusi gol Marcus Rashford dan menamatkan permainan dengan memberangs­angkan, England jelas gagal menangani permainan Sepanyol, yang meraikan penampilan sulung jurulatih baharunya, Luis Enrique dengan kemenangan dari gol Saul Niguez dan Rodrigo.

“Hari ini (Sabtu) adalah ujian sukar dari segi mengasak dan lawan yang sangat bagus mengawal bola,” kata Southgate.

“K a m i harus terus menyem a k dan melihat apa yang perlu kami lakukan tetapi kami mahu mengekalka­n kepada perancanga­n dan memperbaik­inya lagi.

“KamisedarS­epanyolada­lah pasukan yang lebih bagus untuk tempoh yang lama. Kami masih di peringkat awal dari apa yang mahu kami lakukan. Mereka menyerang dengan bagus dan kami mengambil sedikit masa untuk membaca permainan mereka.”

Southgate, di mana pasukannya akan menentang Switzerlan­d pada perlawanan persahabat­an selepas ini dan kemudian menentang Croatia pada satu lagi perlawanan UNL, berkata kekalahan adalah sebahagian dari evolusi sebuah pasukan.

“Kami masih berdiri teguh. Kami boleh kembali ke gaya lama tetapi kami tidak akan menjadi pasukan terbaik,” kata beliau.

“Atau kami mengekalka­n perancanga­n kami dan menerima bahawa ia tidak akan s e n t i a s a membawa hasil.”

E n - rique memulakan karier sebagai jurulatih Sepanyol dengan lebih dari apa yang beliau bayangkan. Dengan barisan pemain yang sudah bersara seperti Andres Iniesta, David Silva dan Gerard Pique, kesebelasa­n utama beliau terdiri dari hanya lima pemain yang beraksi dalam kesebelasa­n utama ketika tewas kepada Rusia di pusingan kedua kejohanan. Rodrigo dan Saul Niguez mengambil sepenuh peluang dengan mempamerka­n aksi meyakinkan sementara pemain berpengala­man, Sergio Ramos dan David De Gea, cukup kebal di benteng pertahanan ketika England mengasak lewat. “Apa yang saya paling suka malam ini ialah sikap pemain saya,” kata Enrique, yang pernah membimbing Barcelona memenangi dua kejuaraan La Liga Sepanyol dan satu kejuaraan Liga Juara- Juara sepanjang tiga tahun. “Kami terjejas sedikit di akhir permainan tetapi menentang lawan yang bagus, ia boleh berlaku. Sekarang kami boleh terus meningkatk­an lagi prestasi.” — Reuters

 ??  ?? SOUTHGATE
SOUTHGATE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia