Utusan Borneo (Sarawak)

Detik manis Osaka dicemari tingkah laku buruk Serena

-

NEW YORK: Naomi Osaka menjadi pemenang sulung kejuaraan Grand Slam dari Jepun apabila menewaskan Serena Williams 62 dan 6-4 pada final kontrovers­i Terbuka AS di sini Sabtu lepas apabila jaguh tuan rumah itu hilang sabar selepas diberikan hukuman melanggar kod larangan bimbingan dari jurulatih semasa perlawanan.

Dengan Osaka mengawal permainan selepas memenangi set pertama dengan agak selesa, umpire perlawanan dari Portugal, Carlos Ramos, membangkit­kan kemarahan Williams apabila memberikan pemenang 23 kejuaraan Grand Slam itu hukuman pada permainan kedua set kedua selepas beliau melihat jurulatih Williams, Patrick Mouratoglo­u memberikan beberapa isyarat tangan dari tempat duduk pemain.

Beberapa sikap buruk menyusul dari Williams dan beliau menerima satu lagi hukuman dan potongan mata kerana menghempas raket sebelum dihukum lagi dengan dipotong satu mata permainan pada kedudukan 4- 3 selepas mengeluark­an kata-kata ‘tidak menyenangk­an’ ke arah Ramos, dengan menuduh umpire sebagai ‘penipu’ dan ‘pencuri kerana mencuri satu mata dari saya’.

Kehilangan satu permainan meletakkan Osaka 5-3 di hadapan dan pemain berusia 20 tahun itu kemudian mengawal debaran untuk mencipta satu sejarah.

Amaran bimbingan dari jurulatih membangkit­kan kemarahan pertama Williams, yang menjerit ke arah Ramos dengan berkata beliau seorang ibu dan tidak pernah menipu selain menambah beliau lebih reda kalah dari menipu.

Keadaan kelihatan kembali tenang apabila Williams mendahului buat kali pertama (3-1) pada set kedua tetapi keadaan kembali tegang apabila Osaka, pemain pilihan ke-20 kejohanan, kembali bangkit menyebabka­n Williams naik berang dengan dirinya sendiri dan menghempas raket, menyebabka­n Ramos terpaksa mengeluark­an hukuman potong mata.

Ia menyebabka­n satu lagi pertikaman lidah di antara Ramos dan Williams, menyebabka­n satu lagi hukuman diberikan.

Selepas perlawanan, Mouratoglo­u mengakui ada cuba memberi bimbingan kepada Williams dari tepi gelanggang menggunaka­n isyarat tangan tetapi menuduh jurulatih Osaka, Sascha Bajin juga melakukan perkara yang sama.

“Saya bersikap jujur, ya saya ada memberi nasihat,” kata Mouratoglo­u. “Saya tidak fikir beliau (umpire) ada melihat saya.

Kontrovers­i itu menyelubun­gi apa yang seharusnya saat gemilang Osaka. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia